Monday, October 28, 2013

Ia Bukan Tentang Angka

Salam sejahtera!
 
Anda hebat kerana telah sampai ke laman ini. Syabas dan tahniah saya ucapkan!
 
Nampaknya anda sudah pun bersedia untuk membuka mata dan minda bagi mendalami ilmu tentang Takaful.
 
Jadi, kali ini...saya ingin tekankan:
 
Takaful BUKANLAH sekadar ANGKA!
 
 
 
Ya, saya ulangi...TAKAFUL bukan sekadar ANGKA.
 
Maksud saya di sini, ramai di luar sana yang sedang mencari-cari pelan yang sesuai untuk mereka tidak tahu atau tidak sedar, sebenarnya angka bukanlah sesuatu yang mereka harus tekankan.
 
Jangan LUPA, apa yang penting adalah institusi yang mahu melindungi anda itu. Adakah ia yang terbaik untuk anda? Adakah ia dapat memberi perlindungan dan khidmat yang terbaik untuk anda?
 
Dan sudah tentu Great Eastern Takaful dapat memberikan khidmat dan perlindungan yang terbaik untuk anda!
 
Saya berasa agak terkilan, kerana ramai juga di antara kita hanya mengutamakan angka apabila memilih pelan yang terbaik untuk mereka.
 
Nasihat saya, janganlah hanya bertanyakan jumlahnya kerana anda perlu tahu setiap satu, apa penjelasannya.
 
Bagi saya, klien perlu tahu apa yang mereka ambil. Klien perlu dapatkan penjelasan, perlu dapatkan maklumat terperinci bagi setiap satu faedah yang dinyatakan dalam polisi.
 
Sangat penting untuk anda berjumpa ejen dan dapatkan penjelasan. Bukan hanya quotation. Kerana anda tidak akan mendapat gambaran yang jelas mengenainya. Akibatnya, anda mungkin terlepas satu peluang yang sangat baik untuk diri anda sendiri.
 
Saya menulis di sini adalah untuk memberi kesedaran kepada anda di luar sana supaya jangan melihat kepada angka sahaja. Kerana Takaful bukanlah sekadar angka. Ia adalah mengenai kepercayaan yang anda berikan kepada sesebuah institusi untuk melindungi anda.
 
Jika anda percayakan saya, hubungilah saya sekarang! Saya amat berbesar hati untuk berkongsi maklumat yang saya ada. Hubungi saya sekarang untuk tetapkan tarikh pertemuan!
 
Semoga anda membuat pilihan yang terbaik!

Sunday, October 13, 2013

Adakah Anak Anda Dilindungi?

Sebentar tadi saya duduk bersantai sambil menonton berita tengah hari di TV.

Tiba-tiba satu berita menarik perhatian saya:

"Bayi perlukan RM70,000 untuk jalani pembedahan jantung"

Saya tidak pasti berapa umur bayi itu, tetapi pada perkiraan saya, mungkin dalam 3-4 bulan.

Bayangkan wahai pembaca budiman,
Saya pasti, ibu bapa bayi tersebut pasti TIDAK PERNAH MENYANGKA bahawa bayi mereka akan terkena penyakit tersebut.

Ya, hidup ini penuh dengan perkara tak terduga dek minda kita. Hari ini kita sihat dan gembira, tetapi esok lusa kita tidak tahu apa yang akan terjadi.

Anak-anak adalah permata bagi setiap rumah tangga. Penyeri kehidupan. Rezeki daripada Allah.
Jika apa-apa berlaku terhadap anak tersebut, pasti kita akan berasa sedih. Dan jika kos rawatan yang terpaksa ditanggung sehingga puluhan ribu, pasti kita akan merasa sangat susah hati.

Mana nak cari duit sebanyak tu? Mampukah kita?

Okey, kalau pun anda berharta dan mempunyai duit sebanyak itu, pasti duit tersebut mahu digunakan untuk tujuan lain bukan? Jadi, di mana kita mahu mendapatkan wang untuk menanggung kos perubatan yang sememangnya mahal itu?



Sebab itulah, saya ingin menyeru semua rakyat Malaysia, marilah kita sama-sama berubah, sama-sama sediakan payung sebelum hujan.

Di Great Eastern Takaful, kami menyediakan pelan perlindungan kepada kanak-kanak bermula seawal usia 1 bulan. Pelan perlindungan yang bagaimana saya maksudkan?

Kos rawatan akan ditanggung sehingga RM 90,000 setahun, RM 900,000 seumur hidup!

Siapa nak bagi tuan-tuan?
Dengan RM90,000 tersebut, pasti boleh lakukan pembedahan jantung anak tanpa perlu menunggu bantuan daripada orang lain bukan?

Bayangkan wahai pembaca budiman,
Kalau kita sudah sakit, larat ke nak tunggu sehingga berbulan-bulan sebelum mendapatkan rawatan?
Sedangkan demam selesema yang teruk pun, satu hari kita sudah tidak tahan, ini kan pula sakit jantung yang kronik itu. Bayangkan anak sekecil itu terpaksa menanggung kesakitan seperti itu.

Jadi kenapa nak tunggu lagi? Hubungi saya sekarang untuk maklumat lanjut!
Banyak lagi faedah-faedah yang akan diberi apabila anda menabung dengan Great Eastern Takaful.

Hanya RM 5 sehari, nyawa anak anda mungkin terselamat!

Tak rugi pun sebab anda akan mendapat kembali duit tersebut apabila anak berusia 21 tahun. Apabila dia ingin meneruskan pelajaran, wang yang anda simpan dengan Great Eastern Takaful dapat digunakan.

Bukalah mata, bukalah minda, beri diri anda peluang untuk mendapatkan manfaat-manfaat ini.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut:
Aziemah 0193663348 (available on Whatsapp)
aziemahsalleh@gmail.com


Saturday, October 5, 2013

Memperkenalkan Great Eastern Takaful Insurance

Berapa kali anda berazam mahu menabung?

Berapa kali anda membuat kira-kira atau belanjawan tetapi berakhir dengan kekecewaan?




 Saya yakin, ramai di antara kita, tidak kira muda atau tua, miskin atau kaya, sentiasa mempunyai masalah kewangan. Tidak kira berapa banyak pun gaji kita, berapa banyak pun elaun atau biasiswa yang kita dapat, masih tidak cukup untuk digunakan terutamanya semasa kecemasan melanda...

Kecemasan apa yang saya maksudkan?
  • Kemalangan
  • Penyakit kritikal seperti serangan jantung, kanser, diabetes, Alzheimer dan banyak lagi
  • Kematian

Bayangkan, jika ditakdirkan kita meninggal...apa kita nak tinggal untuk isteri, anak-anak kita? Ibu bapa yang semakin tua dan tidak boleh menanggung diri sendiri lagi? Apa yang kita akan tinggalkan untuk mereka? Siapa yang akan sara mereka?
Bayangkan...kita hidup sehari-hari, menggunakan segala duit yang ada. Tanpa ada simpanan tetap yang boleh menjamin masa hadapan. Jika ada pun yang berdisiplin dalam menabung, apabila kecemasan terjadi, duit yang disimpan itu akan digunakan dan akhirnya habis begitu sahaja.


JADI...

 Saya ingin menyeru semua rakyat Malaysia, marilah kita mula menabung. Dengan hanya RM 7 sehari, anda sudah pun bersedia dengan payung sebelum hujan turun.

Eh, nanti dulu!

Jangan hanya menyimpan di bank. Sudah saya katakan tadi bukan...jika anda menyimpan di bank, duit simpanan anda akan terguna juga apabila berlaku kecemasan bukan?

Jadi, marilah kita sama-sama menabung dengan 
Great Eastern Takaful Insurance.  

  
Kenapa perlu menabung dengan Great Eastern Takaful Insurance?

Jika terjadi kemalangan atau anda ditimpa penyakit yang tidak terjangka, anda akan mendapat manfaat-manfaat seperti kos rawatan dan perubatan yang akan ditanggung dan pampasan jika berlaku kematian.

Ini adalah Skim Medical Card Takaful Insurance di mana kos perubatan anda ditanggung, pampasan diberi jika terjadi kemalangan, dan juga kematian. Ia adalah skim Islamik di mana pelaburan tidak melibatkan arak dan judi. Anda juga boleh memberi nama waris di mana waris yang dinamakan akan mendapat pampasan jika berlaku kematian pemegang polisi.


Kenapa saya katakan menabung?

Kerana anda akan mendapat kembali wang anda selepas suatu tempoh. Dan jika pun anda ada membuat tuntutan, duit simpanan anda tidak akan disentuh. Hebat dan menarik!!!

Kenapa nak tunggu lagi?

Kita tidak tahu bila kita akan sakit, lebih-lebih lagi penyakit kritikal seperti darah tinggi dan kencing manis. 

Cepat sebelum terlambat!

Anda tidak akan mendapat manfaat perubatan jika anda sudah pun terkena penyakit. Lebih baik bersedia sebelum terkena.

Better be safe than sorry!

Tak rugi pun...apa yang nak ruginya? Bukannya duit itu hilang begitu sahaja. Anda akan terima kembali duit tersebut kerana anda sebenarnya menabung dengan kami. Memang hebat!!!

Jadi apa tunggu lagi?

Hanya RM 7 sehari, anda tidak akan risau lagi!

Great Eastern sudah berusia 105 tahun dan tersenarai dalam The Malaysia Book of Records sebagai jenama yang paling kukuh dan boleh dipercayai.
Hubungi saya sekarang untuk ketahui maklumat lanjut.
Untuk penerangan lebih jelas, anda boleh berjumpa dengan saya (untuk kawasan Bangi, Kajang, KL, Shah Alam sahaja).

Sayalah ejen yang anda cari dan boleh dipercayai.

Untuk respons yang pantas, anda digalakkan untuk menghantar emel atau mesej. Boleh juga melalui Whatsapp. Saya bersedia membantu anda. Sesi rundingan/perbincangan adalah percuma.



NUR AZIEMAH BINTI MAT SALLEH

Perunding Takaful

019-3663348
aziemahsalleh@gmail.com



_________________________Rich Generation Group


Agensi Roslina Hj Abd Majid (002173976-V)

Website: www.i-great.com & www.greateasternlife.com