Thursday, April 10, 2014

Medical Card Great Eastern Takaful (Benefits)

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!

Ramai yang tertanya-tanya, "Apa yang saya dapat apabila menabung dengan Great Eastern Takaful?"

1. Medical Card
 
Okey, pertama sekali, jika anda belum mempunyai medical card, anda boleh memulakan polisi yang mempunyai medical card.

Kenapa pentingnya medical card ini?

Okey, sebelum saya jawab pertanyaan tersebut, saya nak tanya dulu. Kalau anda demam, anda pergi ke klinik berbayar atau tak berbayar? Saya yakin, ramai yang akan jawab klinik berbayar, betul? Kenapa kita sanggup pergi ke klinik tersebut dan sanggup menghabiskan duit berpuluh-puluh ringgit untuk membayar ubat demam sahaja?

SEBAB KITA TAK SANGGUP NAK TUNGGU LAMA-LAMA.

Betul?

Okey, sekarang berbalik kepada medical card. Medical card ini penting sebab katalah, jika anda sakit teruk, pastinya anda ingin mendapatkan rawatan secepat yang mungkin, betul? Jadi, dengan adanya medical card ini, anda boleh terus ke mana-mana hospital panel yang telah dilantik oleh Great Eastern bagi mendapatkan rawatan. 

Jika ke hospital swasta, pastinya anda memerlukan wang yang banyak. Jadi dengan adanya medical card ini, anda tidak perlu risau lagi kerana bil rawatan yang kadang-kadang mencecah ribuan ringgit itu akan ditanggung oleh Great Eastern. Siapa nak bagi?

Katalah anda terpaksa menjalani pembedahan yang memerlukan kos sehingga RM50,000, anda boleh menggunakan medical card anda untuk tujuan tersebut. Anda tidak perlu risau lagi mana nak cari duit sebanyak itu. Bagus kan? Kita juga tidak akan menyusahkan kawan-kawan dan ahli keluarga.

Masih rasa ragu-ragu? Masih tak percaya? Kenapa tidak? Anda hanya perlu menyimpan sebanyak RM7 sehari, kami tanggung kos rawatan anda sehingga RM120,000 setahun, RM1.2 juta seumur hidup.

Okey, kalaulah memang anda sihat, tak sakit, tak pernah guna medical card, tak rugi apa-apa pun sebab duit yang anda bayar itu adalah simpanan anda juga. Jadi, anda juga boleh keluarkan duit simpanan tersebut untuk apa-apa tujuan. Tak ada masalah. Hanya perlu tinggalkan RM1,000 untuk teruskan polisi ini.

Ramai orang kita ada insurans kereta tetapi insurans nyawa sendiri tidak ada. Adakah anda salah seorang dari mereka? Jika ya, anda patut dapatkan insurans nyawa anda sekarang juga kerana kita tidak tahu apa yang akan terjadi di masa hadapan.

2. Pampasan 36 Penyakit Kritikal

Sekiranya anda menghidap mana-mana penyakit kritikal yang disenaraikan oleh Great Eastern, anda layak mendapat pampasan sehingga sekurang-kurangnya RM30,000. Sudah tentu jumlah ini bergantung kepada umur, jantina, dan pekerjaan anda. Jumlah ini mungkin lebih banyak. Hubungi saya untuk quotation anda :)

Bayangkan, lega rasanya jika anda seorang ketua keluarga, tiba-tiba terkena penyakit kritikal dan tidak mampu bekerja, sekurang-kurangnya wang pampasan tersebut boleh digunakan untuk menyara keluarga anda selama setahun. Jadi bolehlah anda menumpukan perhatian kepada rawatan.

3. Pampasan Lumpuh Kekal

Sama juga dengan perkara di atas. Katakanlah tiba-tiba kemalangan dan lumpuh dua anggota badan utama, contohnya kedua-dua belah kaki, anda juga layak mendapat pampasan sehingga sekurang-kurangnya RM30,000.

Sekiranya terkena penyakit kritikal atau lumpuh, anda tidak perlu lagi membayar polisi anda kerana anda layak mendapat waiver of premium. Maknanya, polisi anda akan dibayar oleh Great Eastern sehingga anda berumur 99 tahun!

4. Pampasan Kemalangan

Dengan memulakan polisi ini, anda juga layak mendapat pampasan kemalangan sehingga RM20,000 untuk seumur hidup. Setiap kali kemalangan, ada beberapa kiraan atau peratus yang anda dapat daripada RM20,000. Anda boleh tanya saya untuk maklumat lanjut.

5. Pampasan Kematian

Pampasan kematian harus ada untuk semua pelan insurans. Bagi pelan ini, anda hanya menyimpan RM7 sehari tetapi anda layak mendapat pampasan sehingga RM40,000.

Orang tua-tua selalunya meninggalkan tanah pusaka apabila meninggal tetapi ramai orang zaman sekarang tidak mempunyai tanah berekar untuk ditinggalkan, betul? Jadi anggaplah wang pampasan kematian ini adalah satu harta pusaka yang anda boleh hadiahkan kepada waris. Ya, anda boleh namakan waris anda. Sangat menarik!

6. Simpanan

Ya, sebab itulah saya katakan anda menabung di Great Eastern Takaful kerana sememangnya apa yang anda bayar setiap bulan itu adalah duit simpanan anda. Anda boleh keluarkan duit anda dengan syarat tinggalkan RM1,000 di dalam untuk teruskan polisi. Simpan RM7 sehari, selepas 20 tahun anda sudah ada simpanan sebanyak RM48,000.

Jadi boleh dikatakan, Takaful ini membantu anda untuk berdisiplin menabung bagi masa depan anda sendiri. Bandingkan menyimpan di bank, dan menyimpan di Great Eastern Takaful. Anda boleh dapat macam-macam manfaat dengan menyimpan dalam tabung Takaful anda. Memang berbaloi-baloi.

It gives more value to your money, right?

7. Free Car Towing

Sebagai satu penghargaan kerana anda memulakan polisi dengan kami, anda layak mendapat khidmat percuma tundaan kereta (car towing). Jika kereta rosak di tengah jalan, anda hanya perlu hubungi khidmat ini dan kereta anda ditunda secara percuma!!! Waaah, sangat best plan ini!

* * * * *
Baiklah, rasanya saya sudah memberi penjelasan yang terperinci mengenai pelan simpanan dan medical card Great Eastern Takaful ini. Jika anda masih memerlukan maklumat lanjut, jangan segan silu untuk bertanya saya. Saya akan menjawab pertanyaan anda sebaik mungkin.

Jadi, saya berharap kepada mereka yang masih belum mempunyai sebarang insurans nyawa atau medical card, hubungi saya cepat-cepat untuk mulakan polisi anda.

Jika anda masih rasa tidak mampu dengan RM7 sehari, jangan risau. Hubungi saya dan saya akan sediakan pelan yang sesuai dengan kewangan anda. Tiada masalah. Saya di sini sedia membantu.

Aziemah 019-3663348 | aziemahsalleh@gmail.com