Monday, January 19, 2015

Keperluan Takaful pada Masa Kini

Assalamualaikum,
Salam sejahtera,

Insurans atau takaful bukanlah sesuatu yang diambil untuk keuntungan tetapi diambil untuk menjamin simpanan anda supaya tidak terus bocor ketika anda dilanda musibah ataupun penyakit kritikal.

Sebagai contoh: penyakit kritikal seperti penyakit buah pinggang memerlukan perbelanjaan yang sangat tinggi.

Mengikut kajian National Kidney Foundation (NKF), di Malaysia seramai 28,000 pesakit buah pinggang dan setiap tahun akan meningkat seramai 5,000 orang pesakit baru.

Kos dialisis diantara RM150-RM300 untuk satu sesi dimana seorang pesakit memerlukan 3 sesi seminggu.

Anggaran kos bagi pesakit buah pinggang ;

RM150 x 3 sesi seminggu = RM450 seminggu

RM450 x 4 kali sebulan = RM1,800 sebulan

RM1,800 x 12 bulan = RM21,600 setahun!


Jikalau pesakit tersebut memiliki insurans/takaful, pesakit hanya perlu keluarkan 10% sahaja daripada keseluruhan kos tersebut, 90% syarikat insurans akan tanggung.

RM21,600 x 10% =RM2,160 setahun!
Maka kos rawatan sebulan hanya dalam RM180!

Bukankah inilah objektifnya kita memilih perlindungan insurans/takaful?

Insurans/takaful boleh mengelakkan ketirisan simpanan supaya tidak lebih teruk ketika anda sedang bertarung dengan penyakit-penyakit kritikal, In sha Allah.

Hubungi saya jika ada sebarang pertanyaan dan jika anda inginkan pelan perlindungan perubatan.
Hubungi saya ya.

Aziemah Great Eastern Takaful
☎ 019 366 3348
aziemahsalleh@gmail.com