Assalamualaikum dan salam
sejahtera semua!
Terima kasih kerana mengunjungi
blog ini, anda sememangnya hebat!
Anda sudah pun berada selangkah
di hadapan untuk memiliki medical card anda sendiri!
Atau adakah anda sedang
mencari-cari pelan medical card untuk ahli keluarga?
Nampaknya permintaan dan
pertanyaan untuk medical card sangat menggalakkan ya. Ramai yang bertanya
mengenai pelan ini, sama ada untuk diri mereka atau ahli keluarga yang lain.
Jadi saya merasa terpanggil untuk menulis serba sedikit mengenai topik hangat
ini.
Ya! Pertama sekali, anda
sememangnya sudah mempunyai kesedaran untuk memiliki medical card. Tahniah dan
syabas diucapkan! Tetapi ramai yang berdiam diri apabila mendapat quotation
masing-masing.
Hurmn, sebenarnya medical card
tidaklah mahal jika hendak dibandingkan dengan jumlah yang kita belanjakan
untuk membeli-belah di pasaraya, jumlah yang dihabiskan untuk rokok, dan
lain-lain lagi.
Lagipun sebenarnya pelan
medical card ini adalah pelan simpanan. Bermakna apa yang anda bayar setiap
bulan, atau setengah tahun, atau setiap tahun itu adalah simpanan anda untuk
masa hadapan! Dan jika berlaku kejadian yang tidak diingini, contoh kemalangan
atau terkena penyakit kritikal atau sekadar demam denggi, anda boleh gunakan
medical card tanpa perlu mengeluarkan duit simpanan anda. Menarik kan?
Berapa anggaran premium
bulanan?
Sebenarnya premium bulanan
sangat bergantung kepada umur anda dan beberapa faktor lain seperti sejarah
perubatan dan sebagainya. Tetapi biasanya, jika anda sihat, berikut adalah
anggaran premium minimum yang saya berikan:
1 bulan - 15 tahun:
Premium RM130 - Medical card
150
Premium RM150 - Medical card
150 with hospital allowance RM100/day
16 tahun - 29 tahun:
Premium RM150 - Medical card
150
Premium RM200 - Medical card
200
30 tahun - 49 tahun:
Premium RM250 - Medical card
200
50 tahun ke atas:
Premium RM350 - Medical card
200
(Golongan ini dikategorikan
sebagai Golden Age...jadi
bayaran premium haruslah secara tahunan. Bayaran kali pertama adalah 2 tahun.
Dan tahun berikutnya juga harus dibayar secara tahunan. Ini adalah disebabkan
faktor umur)
Harus saya ingatkan di sini,
senarai di atas hanyalah anggaran kasar sahaja. Anda boleh hubungi saya untuk
maklumat lanjut dan untuk sesuaikan dengan keperluan anda. Mungkin anda sudah
pun mempunyai medical card tetapi anda mahukan coverage sehingga RM1 juta?
Boleh sahaja anda hubungi saya, tak ada masalah. Saya sedia membantu...
Untuk mereka yang berumur 49
tahun ke bawah, jika anda mahu membuat bayaran secara bulanan, bayaran kali
pertama adalah 2 bulan. Jadi, bulan ke-2 anda tidak perlu membuat bayaran.
Bayaran seterusnya adalah pada bulan ke-3. Jelas? Jangan terkejut pula bila
bayaran yang diminta nanti banyak hehehehe
Cara Bayaran
Anda boleh membuat pilihan sama
ada untuk menggunakan kad kredit atau kad debit atau tunai. Biasanya ramai yang
memilih kad debit kerana pemotongan dilakukan secara sistematik setiap bulan
dengan memotong terus premium dari akaun anda.
Sejujurnya saya kurang suka
menggunakan istilah bayar bagi proses ini kerana sebenarnya anda bukan membayar
semata-mata, tetapi anda menyimpan wang anda di dalam Tabung Takaful! Jadi
setiap bulan, anda sebenarnya menabung untuk masa hadapan anda ^_^
Medical Card untuk Satu
Keluarga?
Ramai juga yang bertanya, ada
tak pelan yang boleh cover untuk satu keluarga? Maknanya satu kad untuk semua
orang, betul?
Okey, setakat ini, apa yang
ditawarkan oleh Great Eastern Takaful, masih belum ada pelan yang sedemikian.
Buat masa sekarang, medical card yang kami tawarkan adalah khas untuk individu
tersebut. Harus diingatkan, medical card mempunyai had tahunan dan had seumur
hidup. Sebab itulah ia khas untuk satu individu sahaja.
Ya, di luar sana ada pelan satu
kad untuk semua ahli keluarga tetapi setahu saya itu adalah pelan konvensional
di mana anda tiada simpanan. Bermakna anda hanya membayar, tetapi tidak
menabung. Saya rasa agak rugi di situ ya.
Bagi yang beragama Islam, ingin
saya nyatakan di sini, cara tersebut bagaikan kita memperjudikan nasib. Sebab
itulah insurans konvensional dikatakan haram oleh sesetengah ulama'. Dengan
adanya Takaful, pelan yang anda ambil ini bebas dari unsur-unsur judi, arak dan
ketidakpastian. Walaupun pelan konvensional lebih murah berbanding Takaful,
terdapat beberapa perkara yang harus anda kaji dan lihat. Rasanya tidak perlu
saya nyatakan di sini kerana anda boleh mendapatkan artikel yang mempunyai
penjelasan yang lebih terperinci mengenai isu ini di internet.
Jika anda berminat, apakah
langkah seterusnya?
Anda boleh terus menghubungi
saya (Aziemah) menerusi nombor 019-3663348 (whatsapp) atau
aziemahsalleh@gmail.com
Sila nyatakan nama penuh,
tarikh lahir, jantina, merokok atau tidak, lokasi (secara am), pekerjaan dan
tempat kerja, sejarah perubatan atau kemalangan, berat/tinggi. Anda juga boleh
nyatakan secara spesifik berapa coverage yang anda inginkan dan saya akan bantu
untuk buat kira-kira bagi premium anda.
Jika anda berada di sekitar
Kuala Lumpur, Klang, Shah Alam, dan yang sewaktu dengannya, saya nasihatkan
kita tetapkan satu temujanji untuk perbincangan selanjutnya. Jika anda berada
di luar kawasan ini, tiada masalah. Urusan dokumen-dokumen boleh dilakukan
melalui pos
Apa yang penting, anda
percayakan saya untuk menguruskan tabung Takaful anda. Anda tahu bahawa saya
bersungguh-sungguh dalam bidang ini. InshaAllah, saya akan menjalankan amanah
yang diberi sebaik mungkin.
Saya akan sediakan maklumat
yang lebih terperinci mengenai pelan ini dalam tulisan yang lain. Setakat ini
sahaja dari saya. Terima kasih :)