Thursday, March 13, 2014

Medical Card Great Eastern Takaful



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!

Terima kasih kerana mengunjungi blog ini, anda sememangnya hebat! 
Anda sudah pun berada selangkah di hadapan untuk memiliki medical card anda sendiri!
Atau adakah anda sedang mencari-cari pelan medical card untuk ahli keluarga?

Nampaknya permintaan dan pertanyaan untuk medical card sangat menggalakkan ya. Ramai yang bertanya mengenai pelan ini, sama ada untuk diri mereka atau ahli keluarga yang lain. Jadi saya merasa terpanggil untuk menulis serba sedikit mengenai topik hangat ini.



Ya! Pertama sekali, anda sememangnya sudah mempunyai kesedaran untuk memiliki medical card. Tahniah dan syabas diucapkan! Tetapi ramai yang berdiam diri apabila mendapat quotation masing-masing.

Hurmn, sebenarnya medical card tidaklah mahal jika hendak dibandingkan dengan jumlah yang kita belanjakan untuk membeli-belah di pasaraya, jumlah yang dihabiskan untuk rokok, dan lain-lain lagi.

Lagipun sebenarnya pelan medical card ini adalah pelan simpanan. Bermakna apa yang anda bayar setiap bulan, atau setengah tahun, atau setiap tahun itu adalah simpanan anda untuk masa hadapan! Dan jika berlaku kejadian yang tidak diingini, contoh kemalangan atau terkena penyakit kritikal atau sekadar demam denggi, anda boleh gunakan medical card tanpa perlu mengeluarkan duit simpanan anda. Menarik kan?

Berapa anggaran premium bulanan?

Sebenarnya premium bulanan sangat bergantung kepada umur anda dan beberapa faktor lain seperti sejarah perubatan dan sebagainya. Tetapi biasanya, jika anda sihat, berikut adalah anggaran premium minimum yang saya berikan:

1 bulan - 15 tahun:
Premium RM130 - Medical card 150
Premium RM150 - Medical card 150 with hospital allowance RM100/day

16 tahun - 29 tahun:
Premium RM150 - Medical card 150
Premium RM200 - Medical card 200

30 tahun - 49 tahun:
Premium RM250 - Medical card 200

50 tahun ke atas:
Premium RM350 - Medical card 200
(Golongan ini dikategorikan sebagai Golden Age...jadi bayaran premium haruslah secara tahunan. Bayaran kali pertama adalah 2 tahun. Dan tahun berikutnya juga harus dibayar secara tahunan. Ini adalah disebabkan faktor umur)

Harus saya ingatkan di sini, senarai di atas hanyalah anggaran kasar sahaja. Anda boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut dan untuk sesuaikan dengan keperluan anda. Mungkin anda sudah pun mempunyai medical card tetapi anda mahukan coverage sehingga RM1 juta? Boleh sahaja anda hubungi saya, tak ada masalah. Saya sedia membantu...

Untuk mereka yang berumur 49 tahun ke bawah, jika anda mahu membuat bayaran secara bulanan, bayaran kali pertama adalah 2 bulan. Jadi, bulan ke-2 anda tidak perlu membuat bayaran. Bayaran seterusnya adalah pada bulan ke-3. Jelas? Jangan terkejut pula bila bayaran yang diminta nanti banyak hehehehe

Cara Bayaran

Anda boleh membuat pilihan sama ada untuk menggunakan kad kredit atau kad debit atau tunai. Biasanya ramai yang memilih kad debit kerana pemotongan dilakukan secara sistematik setiap bulan dengan memotong terus premium dari akaun anda.

Sejujurnya saya kurang suka menggunakan istilah bayar bagi proses ini kerana sebenarnya anda bukan membayar semata-mata, tetapi anda menyimpan wang anda di dalam Tabung Takaful! Jadi setiap bulan, anda sebenarnya menabung untuk masa hadapan anda ^_^

Medical Card untuk Satu Keluarga?

Ramai juga yang bertanya, ada tak pelan yang boleh cover untuk satu keluarga? Maknanya satu kad untuk semua orang, betul?

Okey, setakat ini, apa yang ditawarkan oleh Great Eastern Takaful, masih belum ada pelan yang sedemikian. Buat masa sekarang, medical card yang kami tawarkan adalah khas untuk individu tersebut. Harus diingatkan, medical card mempunyai had tahunan dan had seumur hidup. Sebab itulah ia khas untuk satu individu sahaja.

Ya, di luar sana ada pelan satu kad untuk semua ahli keluarga tetapi setahu saya itu adalah pelan konvensional di mana anda tiada simpanan. Bermakna anda hanya membayar, tetapi tidak menabung. Saya rasa agak rugi di situ ya.

Bagi yang beragama Islam, ingin saya nyatakan di sini, cara tersebut bagaikan kita memperjudikan nasib. Sebab itulah insurans konvensional dikatakan haram oleh sesetengah ulama'. Dengan adanya Takaful, pelan yang anda ambil ini bebas dari unsur-unsur judi, arak dan ketidakpastian. Walaupun pelan konvensional lebih murah berbanding Takaful, terdapat beberapa perkara yang harus anda kaji dan lihat. Rasanya tidak perlu saya nyatakan di sini kerana anda boleh mendapatkan artikel yang mempunyai penjelasan yang lebih terperinci mengenai isu ini di internet.

Jika anda berminat, apakah langkah seterusnya?

Anda boleh terus menghubungi saya (Aziemah) menerusi nombor 019-3663348 (whatsapp) atau aziemahsalleh@gmail.com

Sila nyatakan nama penuh, tarikh lahir, jantina, merokok atau tidak, lokasi (secara am), pekerjaan dan tempat kerja, sejarah perubatan atau kemalangan, berat/tinggi. Anda juga boleh nyatakan secara spesifik berapa coverage yang anda inginkan dan saya akan bantu untuk buat kira-kira bagi premium anda.

Jika anda berada di sekitar Kuala Lumpur, Klang, Shah Alam, dan yang sewaktu dengannya, saya nasihatkan kita tetapkan satu temujanji untuk perbincangan selanjutnya. Jika anda berada di luar kawasan ini, tiada masalah. Urusan dokumen-dokumen boleh dilakukan melalui pos

Apa yang penting, anda percayakan saya untuk menguruskan tabung Takaful anda. Anda tahu bahawa saya bersungguh-sungguh dalam bidang ini. InshaAllah, saya akan menjalankan amanah yang diberi sebaik mungkin.

Saya akan sediakan maklumat yang lebih terperinci mengenai pelan ini dalam tulisan yang lain. Setakat ini sahaja dari saya. Terima kasih :)