Thursday, November 21, 2013

Mortgage Reducing Term Takaful (MRTT)

Salam sejahtera!

Semestinya anda seorang yang hebat kerana telah sampai ke laman ini!

Ramai rakan-rakan saya sekarang sudah mula merancang untuk membeli rumah pertama mereka dan ada juga yang sudah pun membelinya. Tetapi saya yakin, ramai di luar sana yang masih tidak mengetahui mengenai pelan insurans yang disediakan khas untuk melindungi pinjaman mereka.

Jadi kali ini saya ingin berkongsi mengenai MRTT.

Apa itu MRTT? 

Ia adalah Mortgage Reducing Term Takaful
Fungsinya hampir sama dengan MRTA (Mortgage Reducing Term Assurance) tetapi percayalah, MRTT lebih menguntungkan.

Bila anda perlukan MRTT?

Apabila anda ingin membuat pinjaman bagi membeli rumah ataupun sesuatu property.

Untuk penjelasan lebih lanjut, sila baca di bawah.



Biasanya, apabila membuat pinjaman bagi membeli atau membina rumah, bank akan mencadangkan anda untuk membeli MRTA di mana jika terjadi kematian atau hilang upaya kekal kepada si peminjam, syarikat insurans akan membayar baki pinjaman tersebut bagi anda. Jadi, pihak keluarga atau waris tidak akan terbeban dengan baki pinjaman tersebut dan rumah yang anda beli/bina tidak akan tergadai.

Berbeza dengan MRTA, MRTT memberi anda pilihan untuk menambah opsyen bagi penyakit kritikal. Bermakna, jika anda terkena penyakit kritikal (terdapat 36 jenis semuanya), anda akan mendapat manfaat yang sama.

Jumlah premium mungkin lebih mahal berbanding MRTA, tetapi anda tidak rugi kerana apa yang anda bayar sebenarnya akan menjadi simpanan anda. Jadi, duit anda tidak habis begitu sahaja. Dan jumlah pampasan tidak berkurang sebagaimana baki pinjaman berkurang. Memang lebih menguntungkan!

Jumlah premium bergantung kepada beberapa faktor seperti umur, jantina, dan rekod kesihatan anda.

Sila hubungi saya untuk maklumat lanjut mengenai pelan ini.
Saya sedia membantu anda!

No comments:

Post a Comment