Thursday, January 4, 2018

Selamat Tahun Baru 2018

Selamat Tahun Baru 2018!


Alhamdulillah, melangkah ke tahun ke-5 saya sebagai Perunding Great Eastern Takaful. Saya juga tak jangka mampu bertahan selama ini sebab terus terang saya katakan, bukan mudah untuk menempuh segala ranjau onak duri sepanjang perkhidmatan saya ini. Terima kasih kepada semua klien yang masih menyokong dan memberi kepercayaan kepada saya selama ini. Terima kasih kpd leader saya & rakan2 di RGG. Anda semua lah pembakar semangat saya 🔥 

Tak dinafikan, ramai juga rakan sejawat yg sudah dinaikkan pangkat. Bak kata orang, kita ada garis masa sendiri. Walaupun saya sudah lama bertapak dalam industri ini, belum ada rezeki utk saya bergelar Sales Manager. Kalau bidang ini mudah, sudah tentu semua 7,000 agent di Great Eastern Takaful sudah naik pangkat 😄 Dan kenapa angka 7,000 tu mcm tak berubah sejak dulu? Saban tahun, ramai agent baru yg register tapi sbnrnya ramai juga yg lesennya terhenti di tengah jalan.

Jadi jgn hairan kalau agent anda tiba2 hilang. Benda begini mmg berlaku. Bagi yg baru nk menceburi bidang ni, jangan takut. Cabar diri anda. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Ingat, jalan cerita anda tak sama dgn org lain.

Sejak saya join Great Eastern Takaful, hidup saya mmg benar2 berubah. Ini bukan ayat poyo saje nak marketing ya 😂 tapi ni mmg betul walaupun perubahan yg saya maksudkan tak dapat dizahirkan dengan kereta BMW atau pembelian rumah pertama atau beg LV dan lain2.

Ramai org kita yg hanya mengukur kejayaan berdasarkan kereta apa yg kita drive atau telefon apa yg kita pakai. Bagi saya, kejayaan yg sebenar adalah dapat melangsaikan hutang2 yg ada, dapat ke mana2 tanpa perlu risaukan duit, dan yg paling penting, kegembiraan yg saya rasakan bila claim klien diluluskan dan bila mereka kena admit ward, GL lulus tanpa masalah.

Dan mari sama2 kita hapuskan dogma pemikiran "aku yg byr gaji ejen". Kenapa saya kata begini? Ini kisah yg terjadi kpd saya sendiri di mana ada yg berusaha sedaya upaya memastikan komisen yg saya dapat akan disalurkan balik kpd dia (melalui belanja makan dan sebagainya). Bukan saya mahu berkira tetapi kalau begitulah pemikiran org kita, semua profesion juga sama. Anda byr makanan di kedai makan, jadi bolehkah anda bagitau owner kedai tersebut, aku yg bayar gaji kau? 

Anda sbnrnya byr servis yg digunakan, bukan?

Diharapkan coretan ikhlas dari saya ini, walaupun tak tersusun rapi isi kandungannya, dapat memberi gambaran serba sedikit mengenai kerjaya ini 😄

Jom sama2 buka lembaran baru bagi 2018.

Success is in the eyes of the achiever. -Aziemah Gekozen, 2018


#Takaful

No comments:

Post a Comment