Saturday, February 29, 2020

Announcement

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!

Terima kasih kerana mengunjungi blog ini.

Blog ini sudah tidak dapat diakses oleh saya sebagai main moderator. Jadi, sebarang perubahan tidak dapat dilakukan. Saya hanya dapat update new post di sini sebagai moderator kedua.

Dengan ini, saya ingin mengumumkan bahawa blog ini sudah ditutup dan berpindah ke blog lain.

Maaf atas kesulitan.

Sila layari blog baru saya untuk maklumat lanjut mengenai pelan Takaful, hibah, dan lain-lain.


Sunday, March 25, 2018

i-Great Jannah (Plan Hibah)

بسم الله الرحمن الرحيم
 

 
Rata-rata orang zaman kini bercakap mengenai Hibah. Tidak kurang juga ramai yang belum memahami sepenuhnya apa maksud istilah ini dan ada juga yang masih tertukar konsepnya dengan Faraid.
 
Ya para pembaca, Hibah dan Faraid adalah dua perkara yang berbeza.
 
Apabila anda mencarum untuk pelan insurans hayat dengan Great Eastern Takaful, pampasan yang diberikan sekiranya anda meninggal itu dipanggil Hibah. Hibah ini bermaksud hadiah kepada orang yang telah kita namakan sebagai waris yang akan menerima wang pampasan tersebut.
 
Berbeza dengan Faraid yang ada kiraan dan pecahan tertentu bagi harta pusaka yang ditinggalkan, Hibah akan menjadi milik sepenuhnya bagi orang yang dinamakan dan tidak boleh direbut oleh waris lain yang masih hidup.
 
Selalu kita dengar kes-kes yang meruntun hati apabila si suami meninggal dan meninggalkan balu berserta anak-anak, tiba-tiba ipar duai atau mentua yang selama ini disangka akan membantu di saat kesusahan, mula meminta-minta hak bahagian mereka dari harta yang ditinggalkan oleh si suami. Bahkan, ada kes di mana rumah yang diduduki anak isteri juga direbut sehingga mereka terpaksa merempat.
 
Sesungguhnya sudah dinyatakan dalam sepotong hadis supaya janganlah kita meninggalkan waris dalam keadaan meminta-minta:
 
Sesungguhnya kamu bila meninggalkan ahli warismu dalam keadaan berkecukupan (kaya) itu lebih baik daripada kamu meninggalkan mereka serba kekurangan sehingga nantinya mereka meminta-minta kepada manusia. (Sahih Bukhari)
 
Jika berbicara tentang perebutan harta pusaka, pasti tidak habis kerana terlalu banyak peristiwa yang tidak disangka sudah pun berlaku. Jadi, sebagai satu jalan bagi melindungi isteri dan anak-anak; atau sekiranya anda si isteri, bagi melindungi waris yang ditinggalkan; disarankan untuk anda sediakan satu pelan Hibah di mana wang ini boleh digunakan untuk pelbagai tujuan bagi kelangsungan hidup mereka yang selama ini bergantung dengan anda.
 
Baiklah, sekiranya anda tiada waris yang mahu dinamakan, anda boleh menamakan mana-mana pusat kebajikan atau rumah anak yatim atau mana-mana pihak pilihan anda yang anda mahu sedekahkan wang tersebut. InshaAllah, semoga sedekah anda akan jadi pahala yang berterusan mengalir walaupun anda sudah meninggal dunia.
 
***
 
Pelan i-Great Jannah ini baru sahaja dilancarkan pada 19 March 2018 yang lalu dan sudah pun mendapat sambutan hangat.
 
Apa kelebihan pelan i-Great Jannah ini?
 
1) Tempoh perlindungan yang fleksibel
Anda boleh pilih berapa lama anda mahu polisi itu berjalan. 10 tahun, 15, 20? Dan seterusnya.
 
2) Tempoh pembayaran yang fleksibel
Anda juga boleh memilih berapa lama anda mahu bayar bagi pelan ini.
 
Contoh: Jika anda ambil pelan selama 20 tahun, anda boleh memilih sama ada mahu bayar 5, 10, atau 15 tahun dan yang selebihnya percuma sehingga ke tahun 20; atau anda boleh memilih untuk membayar penuh sehingga ke tempoh matang tersebut. Setiap pilihan adalah premium yang berbeza.
 
3) Hibah Takaful minimum RM250,000!
Paling rendah pampasan yang anda akan dapat dengan pelan ini adalah RM250,000! Bayangkan dengan duit sebanyak ini, pasti orang yang menerima wang tersebut mampu meneruskan hidup dengan selesa, atau anda dapat melangsaikan segala hutang-piutang agar roh diterima langit.
 
Sekiranya anda meninggal akibat kemalangan di dalam Malaysia, wang pampasan tersebut akan jadi 2 kali ganda! (Contoh: RM250,000 x 2 = RM500,000).
 
Sekiranya anda meninggal akibat kemalangan di luar negara, wang pampasan tersebut akan menjadi 3 kali ganda! (Contoh: RM250,000 x 3 = RM750,000). Hampir SATU JUTA!
 
4) Manfaat Ihsan
Waris juga akan menerima RM2,000 dari syarikat Great Eastern Takaful bagi membantu urusan pengebumian anda. Sekarang semua benda kena bayar. Kain kapan, imam, pengurus jenazah, penggali kubur, dan lain-lain yang berkaitan. Bukankah wang ini sangat membantu?
 
5) Caruman yang murah!
Apabila anda melihat angka RM250,000, berapakah jumlah caruman bulanan yang anda anggarkan? Percaya atau tidak, ia sangat murah!
 
Contoh: Perempuan, 39 tahun, Pekerjaan Kelas 1, Tidak Merokok
RM100 sebulan (RM1200 setahun)
Jumlah pampasan RM272,727
Tempoh caruman 10 tahun
 
Sangat sangat murah bukan? Dengan hanya RM100 sudah boleh dapat jumlah pampasan sebanyak itu!
 
 ****
 
Siapa yang sesuai untuk mencarum pelan i-Great Jannah ini?
 
1) Pencari nafkah
Sangat penting bagi seorang pencari nafkah untuk ada pelan ini. Bayangkan jika anda sudah tiada, bagaimana mereka yang anda tanggung mahu meneruskan hidup?
 
2) Orang yang mahu menambah pahala amal jariah
Anda mungkin tidak perlu risau tentang waris yang ditinggalkan. Anda mungkin mahu menambah amal jariah dengan bersedekah kepada badan-badan kebajikan yang memerlukan.
 
3) Ibu bapa
Sebagai ibu bapa, pasti kita risau bagaimana anak-anak akan meneruskan hidup sekiranya ditakdirkan kita dijemput Ilahi. Bagaimana mereka mahu meneruskan pelajaran? Siapa yang akan jaga mereka? Adakah orang yang akan menjaga mereka nanti mampu untuk menyara anak-anak sedangkan kos hidup sekarang amat tinggi? InshaAllah pelan ini akan dapat membantu mereka kelak.
 
4) Menggantikan pelan MRTA
Jika anda sedang merancang untuk membeli rumah, ini adalah pelan yang sangat sesuai untuk anda. Sebagai contoh, sekiranya tempoh pinjaman anda adalah 30 tahun, anda boleh mencarum pelan ini untuk tempoh 30 tahun tetapi anda boleh memilih untuk membayar selama tempoh yang lebih kurang dari itu (15 tahun, 20 tahun?).
 
Ramai yang tidak sedar kebanyakan MRTA yang diambil hanya cover selama 5 tahun atau tempoh yang kurang dari tempoh pinjaman yang perlu dibayar. Bayangkan, jika anda sudah duduk 5 tahun di rumah itu, sudah buat renovation, tiba-tiba nauzubillah meninggal pada tahun ke-10 sedangkan hutang masih berbaki 20 tahun, MRTA sudah pun tamat pada tahun ke-5, bagaimana waris mahu membayar hutang tersebut? Terpaksa lelong kah rumah itu? Proses untuk menukar nama bukan semudah yang disangka. Jika anda mahu tahu lebih lanjut kenapa pentingnya plan ini bagi cover MRTA rumah anda, sila hubungi saya.
 
 
Apa pun tujuan anda untuk mencarum pelan ini, saya sarankan anda bertindak sekarang sebelum terlambat. Pastinya anda ada keperluan yang berbeza. Bincanglah dengan saya, Pakar Takaful anda, bagi merancang pelan yang bersesuaian.
 
Whatsapp terus ke nombor saya, hanya tekan link berikut:
 
Saya tidak selalu dapat menjawab panggilan anda. Jadi jika anda mahu saya call, sila tinggalkan pesanan di whatsapp.

Sekian, wassalam.

#HibahDemiJannah

Dikarang oleh,
Nur Aziemah binti Mat Salleh
Perunding Takaful
Great Eastern Takaful
25/03/2018
 


Thursday, January 4, 2018

Selamat Tahun Baru 2018

Selamat Tahun Baru 2018!


Alhamdulillah, melangkah ke tahun ke-5 saya sebagai Perunding Great Eastern Takaful. Saya juga tak jangka mampu bertahan selama ini sebab terus terang saya katakan, bukan mudah untuk menempuh segala ranjau onak duri sepanjang perkhidmatan saya ini. Terima kasih kepada semua klien yang masih menyokong dan memberi kepercayaan kepada saya selama ini. Terima kasih kpd leader saya & rakan2 di RGG. Anda semua lah pembakar semangat saya 🔥 

Tak dinafikan, ramai juga rakan sejawat yg sudah dinaikkan pangkat. Bak kata orang, kita ada garis masa sendiri. Walaupun saya sudah lama bertapak dalam industri ini, belum ada rezeki utk saya bergelar Sales Manager. Kalau bidang ini mudah, sudah tentu semua 7,000 agent di Great Eastern Takaful sudah naik pangkat 😄 Dan kenapa angka 7,000 tu mcm tak berubah sejak dulu? Saban tahun, ramai agent baru yg register tapi sbnrnya ramai juga yg lesennya terhenti di tengah jalan.

Jadi jgn hairan kalau agent anda tiba2 hilang. Benda begini mmg berlaku. Bagi yg baru nk menceburi bidang ni, jangan takut. Cabar diri anda. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Ingat, jalan cerita anda tak sama dgn org lain.

Sejak saya join Great Eastern Takaful, hidup saya mmg benar2 berubah. Ini bukan ayat poyo saje nak marketing ya 😂 tapi ni mmg betul walaupun perubahan yg saya maksudkan tak dapat dizahirkan dengan kereta BMW atau pembelian rumah pertama atau beg LV dan lain2.

Ramai org kita yg hanya mengukur kejayaan berdasarkan kereta apa yg kita drive atau telefon apa yg kita pakai. Bagi saya, kejayaan yg sebenar adalah dapat melangsaikan hutang2 yg ada, dapat ke mana2 tanpa perlu risaukan duit, dan yg paling penting, kegembiraan yg saya rasakan bila claim klien diluluskan dan bila mereka kena admit ward, GL lulus tanpa masalah.

Dan mari sama2 kita hapuskan dogma pemikiran "aku yg byr gaji ejen". Kenapa saya kata begini? Ini kisah yg terjadi kpd saya sendiri di mana ada yg berusaha sedaya upaya memastikan komisen yg saya dapat akan disalurkan balik kpd dia (melalui belanja makan dan sebagainya). Bukan saya mahu berkira tetapi kalau begitulah pemikiran org kita, semua profesion juga sama. Anda byr makanan di kedai makan, jadi bolehkah anda bagitau owner kedai tersebut, aku yg bayar gaji kau? 

Anda sbnrnya byr servis yg digunakan, bukan?

Diharapkan coretan ikhlas dari saya ini, walaupun tak tersusun rapi isi kandungannya, dapat memberi gambaran serba sedikit mengenai kerjaya ini 😄

Jom sama2 buka lembaran baru bagi 2018.

Success is in the eyes of the achiever. -Aziemah Gekozen, 2018


#Takaful

Wednesday, July 13, 2016

i-Great Ameen Kini Dibuka Semula

UPDATE 25/03/2018:
PLAN INI SUDAH DITUTUP. SEKIAN HARAP MAKLUM.

Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Saya ada berita GEMBIRA buat mereka yang masih tercari-cari pelan khusus untuk WARGA EMAS iaitu i-Great Ameen.

Sekarang plan ini DIBUKA SEMULA dan kali ini untuk tempoh yang lebih lama.
18th July-17th Oct 2016



Sebenarnya ramai yang menghubungi saya mengenai pelan ini dan ramai juga yang terlepas kerana tempohnya cuma sebulan sebelum ini. Jadi, harapan saya, janganlah ada lagi yang terlepas peluang keemasan ini.

Mana ada company insurance yang akan LULUSkan serta-merta permohonan orang yang pernah ada sakit kritikal TANPA perlu melalui apa-apa medical checkup.

Premium serendah RM50 satu unit dan anda juga boleh dapatkan maksimum sehingga 10 unit (premium RM500)!

Maklumat lanjut anda boleh baca di link ini:

Cepat, jangan tunggu hingga last minute lagi. Jangan terlepas lagi peluang ini.

Sepanjang tempoh ini, anda boleh menambah unit tetapi selepas habis tempoh iaitu selepas 17th Oct 2016, anda sudah tidak boleh menambah unit lagi tetapi hanya boleh kurangkan.

Jika anda ingin sign up untuk ibu/bapa anda, ia adalah tindakan yang sangat murni kerana ia bagaikan anda bersedekah buat mereka. Wang pampasan yang diperolehi nanti boleh digunakan untuk tujuan berikut:

- Pengurusan pengebumian
- Membayar hutang-piutang yang ada
- Wakaf kepada anak-anak yatim atau lain2
- Sebagai harta pusaka untuk anak2
- Badal haji buat mereka

Dokumen yang diperlukan:
- Salinan IC
- Tandatangan ibu/bapa atau wakil

Syarat-syarat permohonan:
- Berusia 50-75 tahun (age next birthday)
- Jika anda atau ibu/bapa berumur 49 pada tahun ini, birthday sudah melepasi tarikh hari ini, layak memohon

Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi saya:
Aziemah Great Eastern Takaful
019 366 3348
aziemahsalleh@gmail.com


Tuesday, July 5, 2016

Salam Aidilfitri 2016

Assalamualaikum salam sejahtera!

Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua muslimin dan muslimat. Tidak lupa juga kepada ahli keluarga, saudara-mara, rakan2 dan juga klien2 yang mempercayai saya sebagai Perunding Takaful anda.

Harap maaf zahir dan batin. Hati2 di jalanraya. Dapatkan perlindungan accident di Great Eastern Takaful. Anda mampu mengubahnya.

📞 Aziemah 019.366.3348
💌 aziemahsalleh@gmail.com


Saturday, June 11, 2016

Great Eastern: The Trusted Brand 2016

Selamat berhujung minggu semua 😊
Ada terdengar ura2 mengatakan satu company akan menaikkan premiumnya tidak lama lagi?? Banyak pula tu 😰 TETAPI jangan risau sebab itu BUKAN kami..Great Eastern masih utuh dan kukuh dari segi ekonominya. Nasihat saya? Jom signup dengan Great Eastern Takaful 🌟TRUSTED BRAND GOLD CATEGORY 2016🌟 Life is Great!
Aziemah 📞 019.366.3348
💌 aziemahsalleh@gmail.com
#RGG #Takaful #No1Agency



Wednesday, April 20, 2016

Announcement: i-Great Ameen Has Officially Ended

Assalamualaikum warga netizen!

Dengan ini saya ingin memaklumkan bahawa promosi bagi i-Great Ameen sudah pun tamat pada 29 Feb 2016 dan tidak akan dibuka semula dalam masa terdekat. Ia adalah once-in-a-lifetime offer.

Saya tahu masih ramai yang berharap plan ini dibuka semula tetapi mengikut apa yang diberitahu, sudah tidak ada plan sebegini.

Walaupun begitu, anda masih boleh cuba untuk memohon bagi plan yang lain. Sila contact saya untuk mengetahui plan yang bersesuaian dengan anda.

Aziemah 
019 366 3348
aziemahsalleh@gmail.com