Sunday, March 25, 2018

i-Great Jannah (Plan Hibah)

بسم الله الرحمن الرحيم
 

 
Rata-rata orang zaman kini bercakap mengenai Hibah. Tidak kurang juga ramai yang belum memahami sepenuhnya apa maksud istilah ini dan ada juga yang masih tertukar konsepnya dengan Faraid.
 
Ya para pembaca, Hibah dan Faraid adalah dua perkara yang berbeza.
 
Apabila anda mencarum untuk pelan insurans hayat dengan Great Eastern Takaful, pampasan yang diberikan sekiranya anda meninggal itu dipanggil Hibah. Hibah ini bermaksud hadiah kepada orang yang telah kita namakan sebagai waris yang akan menerima wang pampasan tersebut.
 
Berbeza dengan Faraid yang ada kiraan dan pecahan tertentu bagi harta pusaka yang ditinggalkan, Hibah akan menjadi milik sepenuhnya bagi orang yang dinamakan dan tidak boleh direbut oleh waris lain yang masih hidup.
 
Selalu kita dengar kes-kes yang meruntun hati apabila si suami meninggal dan meninggalkan balu berserta anak-anak, tiba-tiba ipar duai atau mentua yang selama ini disangka akan membantu di saat kesusahan, mula meminta-minta hak bahagian mereka dari harta yang ditinggalkan oleh si suami. Bahkan, ada kes di mana rumah yang diduduki anak isteri juga direbut sehingga mereka terpaksa merempat.
 
Sesungguhnya sudah dinyatakan dalam sepotong hadis supaya janganlah kita meninggalkan waris dalam keadaan meminta-minta:
 
Sesungguhnya kamu bila meninggalkan ahli warismu dalam keadaan berkecukupan (kaya) itu lebih baik daripada kamu meninggalkan mereka serba kekurangan sehingga nantinya mereka meminta-minta kepada manusia. (Sahih Bukhari)
 
Jika berbicara tentang perebutan harta pusaka, pasti tidak habis kerana terlalu banyak peristiwa yang tidak disangka sudah pun berlaku. Jadi, sebagai satu jalan bagi melindungi isteri dan anak-anak; atau sekiranya anda si isteri, bagi melindungi waris yang ditinggalkan; disarankan untuk anda sediakan satu pelan Hibah di mana wang ini boleh digunakan untuk pelbagai tujuan bagi kelangsungan hidup mereka yang selama ini bergantung dengan anda.
 
Baiklah, sekiranya anda tiada waris yang mahu dinamakan, anda boleh menamakan mana-mana pusat kebajikan atau rumah anak yatim atau mana-mana pihak pilihan anda yang anda mahu sedekahkan wang tersebut. InshaAllah, semoga sedekah anda akan jadi pahala yang berterusan mengalir walaupun anda sudah meninggal dunia.
 
***
 
Pelan i-Great Jannah ini baru sahaja dilancarkan pada 19 March 2018 yang lalu dan sudah pun mendapat sambutan hangat.
 
Apa kelebihan pelan i-Great Jannah ini?
 
1) Tempoh perlindungan yang fleksibel
Anda boleh pilih berapa lama anda mahu polisi itu berjalan. 10 tahun, 15, 20? Dan seterusnya.
 
2) Tempoh pembayaran yang fleksibel
Anda juga boleh memilih berapa lama anda mahu bayar bagi pelan ini.
 
Contoh: Jika anda ambil pelan selama 20 tahun, anda boleh memilih sama ada mahu bayar 5, 10, atau 15 tahun dan yang selebihnya percuma sehingga ke tahun 20; atau anda boleh memilih untuk membayar penuh sehingga ke tempoh matang tersebut. Setiap pilihan adalah premium yang berbeza.
 
3) Hibah Takaful minimum RM250,000!
Paling rendah pampasan yang anda akan dapat dengan pelan ini adalah RM250,000! Bayangkan dengan duit sebanyak ini, pasti orang yang menerima wang tersebut mampu meneruskan hidup dengan selesa, atau anda dapat melangsaikan segala hutang-piutang agar roh diterima langit.
 
Sekiranya anda meninggal akibat kemalangan di dalam Malaysia, wang pampasan tersebut akan jadi 2 kali ganda! (Contoh: RM250,000 x 2 = RM500,000).
 
Sekiranya anda meninggal akibat kemalangan di luar negara, wang pampasan tersebut akan menjadi 3 kali ganda! (Contoh: RM250,000 x 3 = RM750,000). Hampir SATU JUTA!
 
4) Manfaat Ihsan
Waris juga akan menerima RM2,000 dari syarikat Great Eastern Takaful bagi membantu urusan pengebumian anda. Sekarang semua benda kena bayar. Kain kapan, imam, pengurus jenazah, penggali kubur, dan lain-lain yang berkaitan. Bukankah wang ini sangat membantu?
 
5) Caruman yang murah!
Apabila anda melihat angka RM250,000, berapakah jumlah caruman bulanan yang anda anggarkan? Percaya atau tidak, ia sangat murah!
 
Contoh: Perempuan, 39 tahun, Pekerjaan Kelas 1, Tidak Merokok
RM100 sebulan (RM1200 setahun)
Jumlah pampasan RM272,727
Tempoh caruman 10 tahun
 
Sangat sangat murah bukan? Dengan hanya RM100 sudah boleh dapat jumlah pampasan sebanyak itu!
 
 ****
 
Siapa yang sesuai untuk mencarum pelan i-Great Jannah ini?
 
1) Pencari nafkah
Sangat penting bagi seorang pencari nafkah untuk ada pelan ini. Bayangkan jika anda sudah tiada, bagaimana mereka yang anda tanggung mahu meneruskan hidup?
 
2) Orang yang mahu menambah pahala amal jariah
Anda mungkin tidak perlu risau tentang waris yang ditinggalkan. Anda mungkin mahu menambah amal jariah dengan bersedekah kepada badan-badan kebajikan yang memerlukan.
 
3) Ibu bapa
Sebagai ibu bapa, pasti kita risau bagaimana anak-anak akan meneruskan hidup sekiranya ditakdirkan kita dijemput Ilahi. Bagaimana mereka mahu meneruskan pelajaran? Siapa yang akan jaga mereka? Adakah orang yang akan menjaga mereka nanti mampu untuk menyara anak-anak sedangkan kos hidup sekarang amat tinggi? InshaAllah pelan ini akan dapat membantu mereka kelak.
 
4) Menggantikan pelan MRTA
Jika anda sedang merancang untuk membeli rumah, ini adalah pelan yang sangat sesuai untuk anda. Sebagai contoh, sekiranya tempoh pinjaman anda adalah 30 tahun, anda boleh mencarum pelan ini untuk tempoh 30 tahun tetapi anda boleh memilih untuk membayar selama tempoh yang lebih kurang dari itu (15 tahun, 20 tahun?).
 
Ramai yang tidak sedar kebanyakan MRTA yang diambil hanya cover selama 5 tahun atau tempoh yang kurang dari tempoh pinjaman yang perlu dibayar. Bayangkan, jika anda sudah duduk 5 tahun di rumah itu, sudah buat renovation, tiba-tiba nauzubillah meninggal pada tahun ke-10 sedangkan hutang masih berbaki 20 tahun, MRTA sudah pun tamat pada tahun ke-5, bagaimana waris mahu membayar hutang tersebut? Terpaksa lelong kah rumah itu? Proses untuk menukar nama bukan semudah yang disangka. Jika anda mahu tahu lebih lanjut kenapa pentingnya plan ini bagi cover MRTA rumah anda, sila hubungi saya.
 
 
Apa pun tujuan anda untuk mencarum pelan ini, saya sarankan anda bertindak sekarang sebelum terlambat. Pastinya anda ada keperluan yang berbeza. Bincanglah dengan saya, Pakar Takaful anda, bagi merancang pelan yang bersesuaian.
 
Whatsapp terus ke nombor saya, hanya tekan link berikut:
 
Saya tidak selalu dapat menjawab panggilan anda. Jadi jika anda mahu saya call, sila tinggalkan pesanan di whatsapp.

Sekian, wassalam.

#HibahDemiJannah

Dikarang oleh,
Nur Aziemah binti Mat Salleh
Perunding Takaful
Great Eastern Takaful
25/03/2018
 


No comments:

Post a Comment