Saturday, February 29, 2020

Announcement

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!

Terima kasih kerana mengunjungi blog ini.

Blog ini sudah tidak dapat diakses oleh saya sebagai main moderator. Jadi, sebarang perubahan tidak dapat dilakukan. Saya hanya dapat update new post di sini sebagai moderator kedua.

Dengan ini, saya ingin mengumumkan bahawa blog ini sudah ditutup dan berpindah ke blog lain.

Maaf atas kesulitan.

Sila layari blog baru saya untuk maklumat lanjut mengenai pelan Takaful, hibah, dan lain-lain.


Sunday, March 25, 2018

i-Great Jannah (Plan Hibah)

بسم الله الرحمن الرحيم
 

 
Rata-rata orang zaman kini bercakap mengenai Hibah. Tidak kurang juga ramai yang belum memahami sepenuhnya apa maksud istilah ini dan ada juga yang masih tertukar konsepnya dengan Faraid.
 
Ya para pembaca, Hibah dan Faraid adalah dua perkara yang berbeza.
 
Apabila anda mencarum untuk pelan insurans hayat dengan Great Eastern Takaful, pampasan yang diberikan sekiranya anda meninggal itu dipanggil Hibah. Hibah ini bermaksud hadiah kepada orang yang telah kita namakan sebagai waris yang akan menerima wang pampasan tersebut.
 
Berbeza dengan Faraid yang ada kiraan dan pecahan tertentu bagi harta pusaka yang ditinggalkan, Hibah akan menjadi milik sepenuhnya bagi orang yang dinamakan dan tidak boleh direbut oleh waris lain yang masih hidup.
 
Selalu kita dengar kes-kes yang meruntun hati apabila si suami meninggal dan meninggalkan balu berserta anak-anak, tiba-tiba ipar duai atau mentua yang selama ini disangka akan membantu di saat kesusahan, mula meminta-minta hak bahagian mereka dari harta yang ditinggalkan oleh si suami. Bahkan, ada kes di mana rumah yang diduduki anak isteri juga direbut sehingga mereka terpaksa merempat.
 
Sesungguhnya sudah dinyatakan dalam sepotong hadis supaya janganlah kita meninggalkan waris dalam keadaan meminta-minta:
 
Sesungguhnya kamu bila meninggalkan ahli warismu dalam keadaan berkecukupan (kaya) itu lebih baik daripada kamu meninggalkan mereka serba kekurangan sehingga nantinya mereka meminta-minta kepada manusia. (Sahih Bukhari)
 
Jika berbicara tentang perebutan harta pusaka, pasti tidak habis kerana terlalu banyak peristiwa yang tidak disangka sudah pun berlaku. Jadi, sebagai satu jalan bagi melindungi isteri dan anak-anak; atau sekiranya anda si isteri, bagi melindungi waris yang ditinggalkan; disarankan untuk anda sediakan satu pelan Hibah di mana wang ini boleh digunakan untuk pelbagai tujuan bagi kelangsungan hidup mereka yang selama ini bergantung dengan anda.
 
Baiklah, sekiranya anda tiada waris yang mahu dinamakan, anda boleh menamakan mana-mana pusat kebajikan atau rumah anak yatim atau mana-mana pihak pilihan anda yang anda mahu sedekahkan wang tersebut. InshaAllah, semoga sedekah anda akan jadi pahala yang berterusan mengalir walaupun anda sudah meninggal dunia.
 
***
 
Pelan i-Great Jannah ini baru sahaja dilancarkan pada 19 March 2018 yang lalu dan sudah pun mendapat sambutan hangat.
 
Apa kelebihan pelan i-Great Jannah ini?
 
1) Tempoh perlindungan yang fleksibel
Anda boleh pilih berapa lama anda mahu polisi itu berjalan. 10 tahun, 15, 20? Dan seterusnya.
 
2) Tempoh pembayaran yang fleksibel
Anda juga boleh memilih berapa lama anda mahu bayar bagi pelan ini.
 
Contoh: Jika anda ambil pelan selama 20 tahun, anda boleh memilih sama ada mahu bayar 5, 10, atau 15 tahun dan yang selebihnya percuma sehingga ke tahun 20; atau anda boleh memilih untuk membayar penuh sehingga ke tempoh matang tersebut. Setiap pilihan adalah premium yang berbeza.
 
3) Hibah Takaful minimum RM250,000!
Paling rendah pampasan yang anda akan dapat dengan pelan ini adalah RM250,000! Bayangkan dengan duit sebanyak ini, pasti orang yang menerima wang tersebut mampu meneruskan hidup dengan selesa, atau anda dapat melangsaikan segala hutang-piutang agar roh diterima langit.
 
Sekiranya anda meninggal akibat kemalangan di dalam Malaysia, wang pampasan tersebut akan jadi 2 kali ganda! (Contoh: RM250,000 x 2 = RM500,000).
 
Sekiranya anda meninggal akibat kemalangan di luar negara, wang pampasan tersebut akan menjadi 3 kali ganda! (Contoh: RM250,000 x 3 = RM750,000). Hampir SATU JUTA!
 
4) Manfaat Ihsan
Waris juga akan menerima RM2,000 dari syarikat Great Eastern Takaful bagi membantu urusan pengebumian anda. Sekarang semua benda kena bayar. Kain kapan, imam, pengurus jenazah, penggali kubur, dan lain-lain yang berkaitan. Bukankah wang ini sangat membantu?
 
5) Caruman yang murah!
Apabila anda melihat angka RM250,000, berapakah jumlah caruman bulanan yang anda anggarkan? Percaya atau tidak, ia sangat murah!
 
Contoh: Perempuan, 39 tahun, Pekerjaan Kelas 1, Tidak Merokok
RM100 sebulan (RM1200 setahun)
Jumlah pampasan RM272,727
Tempoh caruman 10 tahun
 
Sangat sangat murah bukan? Dengan hanya RM100 sudah boleh dapat jumlah pampasan sebanyak itu!
 
 ****
 
Siapa yang sesuai untuk mencarum pelan i-Great Jannah ini?
 
1) Pencari nafkah
Sangat penting bagi seorang pencari nafkah untuk ada pelan ini. Bayangkan jika anda sudah tiada, bagaimana mereka yang anda tanggung mahu meneruskan hidup?
 
2) Orang yang mahu menambah pahala amal jariah
Anda mungkin tidak perlu risau tentang waris yang ditinggalkan. Anda mungkin mahu menambah amal jariah dengan bersedekah kepada badan-badan kebajikan yang memerlukan.
 
3) Ibu bapa
Sebagai ibu bapa, pasti kita risau bagaimana anak-anak akan meneruskan hidup sekiranya ditakdirkan kita dijemput Ilahi. Bagaimana mereka mahu meneruskan pelajaran? Siapa yang akan jaga mereka? Adakah orang yang akan menjaga mereka nanti mampu untuk menyara anak-anak sedangkan kos hidup sekarang amat tinggi? InshaAllah pelan ini akan dapat membantu mereka kelak.
 
4) Menggantikan pelan MRTA
Jika anda sedang merancang untuk membeli rumah, ini adalah pelan yang sangat sesuai untuk anda. Sebagai contoh, sekiranya tempoh pinjaman anda adalah 30 tahun, anda boleh mencarum pelan ini untuk tempoh 30 tahun tetapi anda boleh memilih untuk membayar selama tempoh yang lebih kurang dari itu (15 tahun, 20 tahun?).
 
Ramai yang tidak sedar kebanyakan MRTA yang diambil hanya cover selama 5 tahun atau tempoh yang kurang dari tempoh pinjaman yang perlu dibayar. Bayangkan, jika anda sudah duduk 5 tahun di rumah itu, sudah buat renovation, tiba-tiba nauzubillah meninggal pada tahun ke-10 sedangkan hutang masih berbaki 20 tahun, MRTA sudah pun tamat pada tahun ke-5, bagaimana waris mahu membayar hutang tersebut? Terpaksa lelong kah rumah itu? Proses untuk menukar nama bukan semudah yang disangka. Jika anda mahu tahu lebih lanjut kenapa pentingnya plan ini bagi cover MRTA rumah anda, sila hubungi saya.
 
 
Apa pun tujuan anda untuk mencarum pelan ini, saya sarankan anda bertindak sekarang sebelum terlambat. Pastinya anda ada keperluan yang berbeza. Bincanglah dengan saya, Pakar Takaful anda, bagi merancang pelan yang bersesuaian.
 
Whatsapp terus ke nombor saya, hanya tekan link berikut:
 
Saya tidak selalu dapat menjawab panggilan anda. Jadi jika anda mahu saya call, sila tinggalkan pesanan di whatsapp.

Sekian, wassalam.

#HibahDemiJannah

Dikarang oleh,
Nur Aziemah binti Mat Salleh
Perunding Takaful
Great Eastern Takaful
25/03/2018
 


Thursday, January 4, 2018

Selamat Tahun Baru 2018

Selamat Tahun Baru 2018!


Alhamdulillah, melangkah ke tahun ke-5 saya sebagai Perunding Great Eastern Takaful. Saya juga tak jangka mampu bertahan selama ini sebab terus terang saya katakan, bukan mudah untuk menempuh segala ranjau onak duri sepanjang perkhidmatan saya ini. Terima kasih kepada semua klien yang masih menyokong dan memberi kepercayaan kepada saya selama ini. Terima kasih kpd leader saya & rakan2 di RGG. Anda semua lah pembakar semangat saya 🔥 

Tak dinafikan, ramai juga rakan sejawat yg sudah dinaikkan pangkat. Bak kata orang, kita ada garis masa sendiri. Walaupun saya sudah lama bertapak dalam industri ini, belum ada rezeki utk saya bergelar Sales Manager. Kalau bidang ini mudah, sudah tentu semua 7,000 agent di Great Eastern Takaful sudah naik pangkat 😄 Dan kenapa angka 7,000 tu mcm tak berubah sejak dulu? Saban tahun, ramai agent baru yg register tapi sbnrnya ramai juga yg lesennya terhenti di tengah jalan.

Jadi jgn hairan kalau agent anda tiba2 hilang. Benda begini mmg berlaku. Bagi yg baru nk menceburi bidang ni, jangan takut. Cabar diri anda. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Ingat, jalan cerita anda tak sama dgn org lain.

Sejak saya join Great Eastern Takaful, hidup saya mmg benar2 berubah. Ini bukan ayat poyo saje nak marketing ya 😂 tapi ni mmg betul walaupun perubahan yg saya maksudkan tak dapat dizahirkan dengan kereta BMW atau pembelian rumah pertama atau beg LV dan lain2.

Ramai org kita yg hanya mengukur kejayaan berdasarkan kereta apa yg kita drive atau telefon apa yg kita pakai. Bagi saya, kejayaan yg sebenar adalah dapat melangsaikan hutang2 yg ada, dapat ke mana2 tanpa perlu risaukan duit, dan yg paling penting, kegembiraan yg saya rasakan bila claim klien diluluskan dan bila mereka kena admit ward, GL lulus tanpa masalah.

Dan mari sama2 kita hapuskan dogma pemikiran "aku yg byr gaji ejen". Kenapa saya kata begini? Ini kisah yg terjadi kpd saya sendiri di mana ada yg berusaha sedaya upaya memastikan komisen yg saya dapat akan disalurkan balik kpd dia (melalui belanja makan dan sebagainya). Bukan saya mahu berkira tetapi kalau begitulah pemikiran org kita, semua profesion juga sama. Anda byr makanan di kedai makan, jadi bolehkah anda bagitau owner kedai tersebut, aku yg bayar gaji kau? 

Anda sbnrnya byr servis yg digunakan, bukan?

Diharapkan coretan ikhlas dari saya ini, walaupun tak tersusun rapi isi kandungannya, dapat memberi gambaran serba sedikit mengenai kerjaya ini 😄

Jom sama2 buka lembaran baru bagi 2018.

Success is in the eyes of the achiever. -Aziemah Gekozen, 2018


#Takaful

Wednesday, July 13, 2016

i-Great Ameen Kini Dibuka Semula

UPDATE 25/03/2018:
PLAN INI SUDAH DITUTUP. SEKIAN HARAP MAKLUM.

Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Saya ada berita GEMBIRA buat mereka yang masih tercari-cari pelan khusus untuk WARGA EMAS iaitu i-Great Ameen.

Sekarang plan ini DIBUKA SEMULA dan kali ini untuk tempoh yang lebih lama.
18th July-17th Oct 2016



Sebenarnya ramai yang menghubungi saya mengenai pelan ini dan ramai juga yang terlepas kerana tempohnya cuma sebulan sebelum ini. Jadi, harapan saya, janganlah ada lagi yang terlepas peluang keemasan ini.

Mana ada company insurance yang akan LULUSkan serta-merta permohonan orang yang pernah ada sakit kritikal TANPA perlu melalui apa-apa medical checkup.

Premium serendah RM50 satu unit dan anda juga boleh dapatkan maksimum sehingga 10 unit (premium RM500)!

Maklumat lanjut anda boleh baca di link ini:

Cepat, jangan tunggu hingga last minute lagi. Jangan terlepas lagi peluang ini.

Sepanjang tempoh ini, anda boleh menambah unit tetapi selepas habis tempoh iaitu selepas 17th Oct 2016, anda sudah tidak boleh menambah unit lagi tetapi hanya boleh kurangkan.

Jika anda ingin sign up untuk ibu/bapa anda, ia adalah tindakan yang sangat murni kerana ia bagaikan anda bersedekah buat mereka. Wang pampasan yang diperolehi nanti boleh digunakan untuk tujuan berikut:

- Pengurusan pengebumian
- Membayar hutang-piutang yang ada
- Wakaf kepada anak-anak yatim atau lain2
- Sebagai harta pusaka untuk anak2
- Badal haji buat mereka

Dokumen yang diperlukan:
- Salinan IC
- Tandatangan ibu/bapa atau wakil

Syarat-syarat permohonan:
- Berusia 50-75 tahun (age next birthday)
- Jika anda atau ibu/bapa berumur 49 pada tahun ini, birthday sudah melepasi tarikh hari ini, layak memohon

Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi saya:
Aziemah Great Eastern Takaful
019 366 3348
aziemahsalleh@gmail.com


Tuesday, July 5, 2016

Salam Aidilfitri 2016

Assalamualaikum salam sejahtera!

Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua muslimin dan muslimat. Tidak lupa juga kepada ahli keluarga, saudara-mara, rakan2 dan juga klien2 yang mempercayai saya sebagai Perunding Takaful anda.

Harap maaf zahir dan batin. Hati2 di jalanraya. Dapatkan perlindungan accident di Great Eastern Takaful. Anda mampu mengubahnya.

📞 Aziemah 019.366.3348
💌 aziemahsalleh@gmail.com


Saturday, June 11, 2016

Great Eastern: The Trusted Brand 2016

Selamat berhujung minggu semua 😊
Ada terdengar ura2 mengatakan satu company akan menaikkan premiumnya tidak lama lagi?? Banyak pula tu 😰 TETAPI jangan risau sebab itu BUKAN kami..Great Eastern masih utuh dan kukuh dari segi ekonominya. Nasihat saya? Jom signup dengan Great Eastern Takaful 🌟TRUSTED BRAND GOLD CATEGORY 2016🌟 Life is Great!
Aziemah 📞 019.366.3348
💌 aziemahsalleh@gmail.com
#RGG #Takaful #No1Agency



Wednesday, April 20, 2016

Announcement: i-Great Ameen Has Officially Ended

Assalamualaikum warga netizen!

Dengan ini saya ingin memaklumkan bahawa promosi bagi i-Great Ameen sudah pun tamat pada 29 Feb 2016 dan tidak akan dibuka semula dalam masa terdekat. Ia adalah once-in-a-lifetime offer.

Saya tahu masih ramai yang berharap plan ini dibuka semula tetapi mengikut apa yang diberitahu, sudah tidak ada plan sebegini.

Walaupun begitu, anda masih boleh cuba untuk memohon bagi plan yang lain. Sila contact saya untuk mengetahui plan yang bersesuaian dengan anda.

Aziemah 
019 366 3348
aziemahsalleh@gmail.com



Saturday, November 7, 2015

i-Great Ameen

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga Netizen!

Baru-baru ini Great Eastern Takaful baru sahaja melancarkan PELAN KHAS khusus untuk warga emas berusia 50-75 tahun.

Memperkenalikan i-Great Ameen!






Ya, seperti yang anda lihat di dalam brochure di atas, pelan ini adalah LIMITED OFFER!

Hanya sah sehingga 31 Disember 2015 sahaja.

Jadi, jika anda berminat untuk sign up bagi diri sendiri atau ibu atau ayah, boleh lah cepat2 hubungi saya.

Kelebihan plan ini:
1) Dah sakit kronik pun masih boleh apply
2) Tiada medical checkup
3) Tiada rejection disebabkan masalah kesihatan
4) Tempoh matang sehingga umur 85 tahun
5) Serendah RM50 untuk 1 unit. Seorang boleh sign up sehingga maksimum 8 unit.

Kenapa perlu ada plan ini?
1) Sebagai pelupusan hutang.
-Boleh gunakan duit pampasan untuk melangsaikan semua hutang yang ada.
-Tidak menyusahkan waris.

2) Sebagai hadiah kepada waris.
-Boleh dijadikan harta pusaka dalam bentuk cash.

3) Untuk menampung kos pengebumian.
-Seperti yang kita sedia maklum, zaman sekarang semuanya perlukan duit.
-Kos pengurusan jenazah adalah mengikut negeri. Nak mandikan, kafankan, sembahyangkan, gali kubur dan lain-lain, paling kurang pun memerlukan kos lebih RM1,000! Ada juga sehingga RM3,000!
-Boleh lihat sendiri contoh di bawah:

Berikut adalah maklumat lanjut mengenai plan i-Great Ameen ini:

1) Jumlah pampasan kematian mengikut umur untuk 1 unit. Sila kira umur age next birthday.
2) Plan description


3) Pampasan kematian akibat kemalangan. (Jatuh dalam bilik air juga dikira kemalangan)

Jika berminat, bolehlah hubungi saya terus:
Aziemah
019 366 3348
aziemahsalleh@gmail.com


Sunday, August 16, 2015

Takaful untuk semua


Kalau lah orang sakit boleh apply medical card atau insurans hayat, pastinya perunding Takaful seperti saya tidak perlu bersusah-payah memberi kesedaran mengenai kepentingan Takaful. Pastinya orang berlumba-lumba nakkan Takaful sebab mereka ini sudah tahu berapa kos perubatan yang mereka perlukan. Mana nak cari duit puluhan ribu ringgit?

Ya, orang yang sudah menghidapi penyakit kronik sudah tidak layak memohon apa2 insurans hayat. Kerana insurans hayat berkonsepkan perlindungan risiko yg kita tidak dapat jangka.

Perkara ini memang terjadi. Terlalu ramai di luar sana yang menyesal kerana tidak membuat permohonan lebih awal. Haruslah kita mengambil pengajaran dan mengambil langkah bijak dengan melindungi diri sekarang juga.

Jika anda sudah mempunyai perlindungan Takaful, adakah ia mencukupi?

Saya juga menyediakan khidmat FREE untuk review polisi anda.

Hubungi saya untuk FREE consultation:

Aziemah
019 366 3348
aziemahsalleh@gmail.com

Sunday, May 17, 2015

PERUNTUKAN KHAS DI DALAM KAD PERUBATAN GREAT EASTERN TAKAFUL

Great Eastern Takaful sentiasa menfokuskan kebaikan untuk pemegang polisi.

Apa yang menarik ialah terdapat peruntukan khas percuma tersedia ada pada kad perubatan tersebut.

1.Supreme Assist
- Supreme Assist memberi kemudahan bantuan kecemasan luar negara,antaranya seperti penghantaran pulang jenazah. Kos penghantaran pulang jenazah adalah sangat mahal kerana perlu menggunakan kargo atau charted satu flight utk jenazah sahaja. Kos ini ditanggung sepenuhnya oleh Great Eastern Takaful TANPA menggunakan had kad anda.





2. Car Assistance Program
-CAP memberi bantuan terhadap kerosakan kereta pemilik polisi antaranya ialah pembaikkan di tepi jalan atau penundaan sehingga maksimum rm300 bagi sesuatu kejadian.

Servis ini adalah 24 jam. Pemilik polisi hanya perlu mendaftarkan no kenderaan sahaja.




Ini adalah antara kelebihan yang boleh anda dapat hanya di kad perubatan GREAT EASTERN TAKAFUL.

Sign up skrg dgan Operator Takaful terbaik Asia ini dan berpeluang menerima barangan eksklusif Great Eastern! Contact me for further assistance Aziemah Gekozen GreatEastern Takaful​ 0193663348
#RGG

Friday, April 10, 2015

Booth at Paradigm Mall 10 April 2015

Assalamualaikum salam sejahtera warga Netizen!

Jika anda mahu mendapatkan khidmat rundingan percuma secara face to face atau mahu memulakan pelan Takaful, boleh cari saya di booth kami di Paradigm Mall.

Masa: 8.00 malam - 10.00 malam
Tempat: Depan Tesco, Paradigm Mall


Mungkin saya akan berada di sini lebih awal. Jika anda mahu cari saya, sila hubungi Aziemah 0193663348.

Jumpa di sana ya!

JOM TAKAFUL!

Sunday, March 1, 2015

Jawatan Kosong Sepanjang Tahun

Adakah anda sedang mencari pekerjaan? Sama ada full time atau part time?

Adakah anda ingin beralih angin? Ingin menukar profesion? Ingin berniaga?

Kami menawarkan jawatan kosong sebagai Takaful Financial Advisor bersama GREAT EASTERN TAKAFUL.

Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:
  • min. qualification: SPM/diploma/degree/masters/phd
  • perlu menduduki Takaful Basic Examination dan LULUS
  • mampu berdikari dan mampu membuat keputusan sendiri
  • tidak mudah putus asa
  • serius nak berjaya dan mengubah taraf hidup
Skop kerja:
  • memberikan nasihat (consultation) dan menerangkan pelan Takaful kepada klien
  • membantu klien dalam mendapatkan polisi
  • membantu menguruskan hospital admission dan claim
  • memantau perkara-perkara yg berkaitan
Perkara tambahan:
  • harus menghadiri meeting mingguan di agensi (bagi mereka di area KL), bagi mereka di negeri lain boleh diberi kelonggaran
  • memenuhi kuota tahunan (tak banyak pun, kejap je boleh capai)
  • memenuhi credit hours tahunan (sebab ini bidang profesional)
  • GAJI? Memang takde basic gaji SEBAB anda tentukan berapa gaji anda. Kalau rasa macam tak best, kenapa doktor ataupun engineer boleh berhenti kerja dan jadi Takaful advisor? Of course boleh sampai 5 angka dan anda boleh naik pangkat tanpa perlu tunggu orang lain bersara!

Jika anda memenuhi kriteria kelayakan di atas, bolehlah hubungi saya untuk maklumat lanjut. Lokasi bukan masalah. Kita memang tak cukup tangan sebab kita perlukan perunding Takaful di seluruh Malaysia! Masih ada 14 juta belum ada Takaful! Kami tak sempat nak cover semua tempat.

Ini bidang professional. Semua perunding Takaful ada lesen, bukan main-main. Pengetahuan yg ada mengenai Takaful, bukan semua orang ada. Sambil bekerja, sambil membantu mereka mendapatkan perlindungan Takaful.

HAPPY kan kalau gaji naik setiap bulan ataupun setiap HARI? HAPPY kan kalau kita boleh bantu orang di saat kesusahan? HAPPY kan kalau kita boleh jadi BOSS sendiri? Nak cuti tak perlu minta. Kalau sakit tak perlu MC. Tapi percayalah cakap saya, alhamdulillah sejak jadi perunding Takaful, saya jarang sakit sebab saya HAPPY berbisnes Takaful.

Setiap kali klien masuk hospital, walaupun bill beribu-ribu, mereka tak risau sebab GREAT EASTERN TAKAFUL dah cover kos mereka! Klien dapat rawatan yang terbaik, cepat sihat, saya pun HAPPY dan lega sebab dapat bantu mereka. 

Orang lain duk complaint pasal kerja mereka tapi saya dengan HAPPY nya boleh cakap I LOVE MY JOB! Buat kerja dan dapat REWARD lagi, dapat naik pentas dan dapat penghargaan!





Agensi kami, Agensi Roslina Haji Abd Majid, adalah yang TOP di GREAT EASTERN TAKAFUL. Tak percaya? Januari 2015 kami masih lagi TOP, alhamdulillah!


Tahniah sebab anda dah baca sampai ke sini! Maknanya anda betul2 berminat ni...



Jangan bertangguh lagi. Makin lama makin rugi. Masa berjalan. Takkan nak tunggu orang lain berjaya dulu kita baru nak start? Jom kita sama-sama berjaya, baru best!

Takkan nak balik kampung jenguk orang tua setahun sekali je? Balik time raya je sebab gaji asyik tak cukup? Sampai bila nak ikat perut? Nak bagi duit belanja kat mak ayah RM50 sebulan pun rasa berat hati? Bila orang tua sakit, tak dapat balik sebab tak dapat cuti atau sebab tak cukup duit minyak? Senario biasa dalam masyarakat kita sekarang. Nampak simple dan biasa tapi sebenarnya impaknya sangat besar. Betulkan yang biasa dan biasakan yang betul!

Tak reti bercakap? Tak tahu macam mana nak jumpa orang? Semua tu boleh diasah, boleh digilap. Apa yang sangat DIPERLUKAN adalah SEMANGAT yg jitu.

Ini bukan MLM ya. Bidang ni lambat kaya tapi inshaAllah akan kaya. Ingat, cepat kaya cepat jatuh. Biar lambat asal selamat.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut. Sama-sama kita bantu untuk anda berjaya. Sama-sama kita jadi MANAGER dan ada bisnes sendiri.

Aziemah Great Eastern Takaful
0193663348 (available on whatsapp)
aziemahsalleh@gmail.com

Disclaimer: Maaf ya tapi saya harap anda betul-betul serius. Sebab masa itu sangat penting bagi saya. Ramai lagi yang menunggu peluang sebegini. Harap anda tak sia-siakan peluang dan masa yang ada. InshaAllah kita buat yang terbaik!

Berminat Menjadi Takaful Advisor?

Anda dijemput hadir!!!


▶Ramai yang risaukan GST yang bakal dilaksanakan April nanti. Kos hidup makin meningkat, gaji masih di takuk lama.

▶Walaupun dah ikat perut, mungkin masih tak cukup sebab duit rumah, duit kereta, ptptn lagi tetap sama. Apa solutionnya?

▶Tambahlah income dan keluar dari belenggu kewangan sekarang! Siapa rasa nak income naik setiap bulan? Bukannya RM100 setahun? Siapa nak rasa income hingga 5 angka? Siapa rasa nak jadi manager dalam masa 5 tahun? Tak perlu bodek2 atau tikam belakang? Yg penting, siapa yang tak mengenal erti putus asa dan memang serius nak berjaya dalam hidup, contact saya. Anda dijemput untuk hadir program ni...

Aziemah Gekozen GreatEastern Takaful​ 
0193663348

Saturday, February 21, 2015

Takaful Business Opportunity Sharing Session

Mari DATANG TIMBA ILMU usahawan DARI ROSLINA.#RGG

7 MAC 2015
MENARA GREAT EASTERN
9.30 Pagi.



  • ADAKAH ANDA BERMINAT UNTUK BERNIAGA???
  • Tetapi Tidak pasti Jenis perniagaan apa yg sesuai?
  • Adakah Anda TELAH BOSAN dengan Rutin pekerjaan yg sama setiap hari hingga berbelas2/berpuluh2  Tahun terpaksa melaluinya??
  • Anda ingin Berniaga Tetapi Tiada Modal yg besar!!!?
  • Anda inginkan Financial Freedom/kebebasan kewangan?
  • Anda ingin masa yg banyak bersama Family/ingin melihat anak membesar di depan mata?
  • Anda ingin MELANCONG FREE KE SELURUH DUNIA?
  • Anda gemar memiliki koleksi barang2 berjenama?
  • ANDA PERLUKAN AGENSI YG ada sistem pengurusan pentadbiran perniagaan yg efisien.
  • Juga tidak mengabaikan keperluan Utama kita sebagai Hamba Allah.(keperluan Rohani & Jasmani)?
  • #Jom sertai kami BUSINESS INI SANGAT2 MUDAH. anda ketua/pemimpin yg kami di #RGG ingin lahirkan.


#ingatTakafulcarikamidiRGG
#kamiOrgYgKuatKerja
#ProjekGMditahun2020
#100kesSetahunKomitmenKami
#10newAdvisorJanjiKamiSetiapTahun.

Jom sertai #JAWATANkosongFinancialAdvisor

Hubungi saya untuk mendapatkan tiket khas ini. Cepat sebelum terlambat! Tawaran sah sehingga 7 Mac 2015.

Aziemah Great Eastern Takaful
019 366 3348 (also on whatsapp)
aziemahsalleh@gmail.com

Good News! GE Medical Card, Now with FULL Coverage!

Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Sukacita dimaklumkan bahawa Great Eastern Takaful telah melancarkan pelan medical card with ZERO co-takaful! Atau dengan kata lainnya, FULL coverage. Tiada lagi co-takaful 10%. Anda boleh menikmati bil rawatan percuma di hospital panel kami di seluruh Malaysia!


Sememangnya inilah yang ditunggu-tunggu oleh semua orang.

Kerana Great Eastern Takaful memahami keperluan anda. Memang terbaik!

Dapatkan pelan yang sesuai untuk diri dan keluarga anda sekarang!

Bukan ini sahaja, ada banyak lagi manfaat yang anda akan peroleh dengan sign up bersama kami!

Hubungi saya untuk membantu anda mendapatkan medical card personal anda sekarang!

Aziemah Great Eastern Takaful
019 366 3348 (also on whatsapp)
aziemahsalleh@gmail.com

Monday, January 19, 2015

Keperluan Takaful pada Masa Kini

Assalamualaikum,
Salam sejahtera,

Insurans atau takaful bukanlah sesuatu yang diambil untuk keuntungan tetapi diambil untuk menjamin simpanan anda supaya tidak terus bocor ketika anda dilanda musibah ataupun penyakit kritikal.

Sebagai contoh: penyakit kritikal seperti penyakit buah pinggang memerlukan perbelanjaan yang sangat tinggi.

Mengikut kajian National Kidney Foundation (NKF), di Malaysia seramai 28,000 pesakit buah pinggang dan setiap tahun akan meningkat seramai 5,000 orang pesakit baru.

Kos dialisis diantara RM150-RM300 untuk satu sesi dimana seorang pesakit memerlukan 3 sesi seminggu.

Anggaran kos bagi pesakit buah pinggang ;

RM150 x 3 sesi seminggu = RM450 seminggu

RM450 x 4 kali sebulan = RM1,800 sebulan

RM1,800 x 12 bulan = RM21,600 setahun!


Jikalau pesakit tersebut memiliki insurans/takaful, pesakit hanya perlu keluarkan 10% sahaja daripada keseluruhan kos tersebut, 90% syarikat insurans akan tanggung.

RM21,600 x 10% =RM2,160 setahun!
Maka kos rawatan sebulan hanya dalam RM180!

Bukankah inilah objektifnya kita memilih perlindungan insurans/takaful?

Insurans/takaful boleh mengelakkan ketirisan simpanan supaya tidak lebih teruk ketika anda sedang bertarung dengan penyakit-penyakit kritikal, In sha Allah.

Hubungi saya jika ada sebarang pertanyaan dan jika anda inginkan pelan perlindungan perubatan.
Hubungi saya ya.

Aziemah Great Eastern Takaful
☎ 019 366 3348
aziemahsalleh@gmail.com

Wednesday, October 22, 2014

Kos Perubatan Semakin Mahal!

Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Terima kasih kerana mengunjungi blog ini. 
Kali ini saya ingin berkongsi mengenai kos perubatan yang semakin mahal sekarang ini...

Adakah anda tahu bahawa kos perubatan di hospital swasta naik secara purata 10% setiap tahun? 

Waaahhhh!!! Ini bermakna kos untuk pembedahan juga semakin mahal! Apa akan jadi nanti kalau tiba-tiba kita memerlukan sebanyak RM300,000 untuk merawat penyakit kanser? Atau penyakit-penyakit lain?


Ya, sudah tentu anda boleh memilih untuk pergi ke hospital kerajaan bagi mendapatkan rawatan tetapi ingin saya tekankan di sini, sebenarnya tak semuanya percuma!! 

Kalau semuanya percuma, tak ada la org masuk surat khabar atau facebook meminta bantuan untuk menampung kos pembedahan sehingga RM50,000! Bagaimana pula dengan giliran? Adakah anda sanggup tunggu berbulan2 ataupun lebih setahun untuk operation padahal dah tak tertahan menanggung kesakitan? 

Ini adalah keadaan wad di salah satu hospital kerajaan yang diambil minggu lepas. Terpaksa bersesak kerana ramai org sakit. Katil ditambah di mana-mana ruang yang kosong...




Bukan saya nak cakap hospital kerajaan tu tak bagus, tapi jika anda berkemampuan, dapatkanlah medical card anda. Dengan berbuat demikian, sebenarnya anda juga berbuat amal dengan memberikan ruang kepada mereka yang kurang berkemampuan...

Anda pula layak dapat bilik selesa dan servis terbaik di hospital swasta!
Dan anda juga layak mendapat coverage sehingga RM1.2 juta!!! Hanya perlu menyimpan RM7 sehari, pasti anda mampu!!!



Hubungi saya sekarang untuk maklumat lanjut:

Aziemah Great Eastern Takaful
019-3663348
aziemahsalleh@gmail.com

Friday, September 5, 2014

Menyimpan untuk masa depan...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Cuba perhatikan keratan akhbar di bawah...


Kepada ketua keluarga di luar sana, fikir-fikirkan. Apa yg akan ditinggalkan nanti? 

Sekiranya isteri tidak bekerja, dan anak-anak masih kecil, apakah nasib mereka jika terjadi apa-apa kepada pencari nafkah?

Tahukah anda Takaful mempunyai liquidity paling tinggi berbanding bank atau ASB atau KWSP? Apa maknanya? Jika meninggal, duit dalam Takaful tak dibekukan dan tak masuk amanah raya. Tak perlu melalui kerenah birokrasi.

Ada berbillion harta/duit orang Melayu yang tidak dituntut dalam amanah raya kerana prosesnya yang agak sukar dan memakan masa yang lama.

Jadi, mula lah menyimpan dengan Takaful dan namakan waris anda supaya mereka terus mendapat manfaat yang sepatutnya tanpa perlu bersusah-payah menuntut apa yang sememangnya hak mereka.

Sekiranya anda rasa tidak mampu, kami ada pelan serendah RM1 sehari! 
Pasti boleh menyimpan RM1 sehari, betul?

Anda fikir, anda nilai. Bertindak sekarang sebelum terlambat!

Life is Great!

Aziemah Great Eastern Takaful
019-3663348 (available on whatsapp)
aziemahsalleh@gmail.com

Monday, September 1, 2014

We Are Family 2014

Alhamdulillah...sekali lagi saya mendapat jemputan istimewa dari Great Eastern untuk menghadiri majlis 'We Are Family' di Bukit Kiara Equestrian & Country Resort, KL.


Ini adalah sebuah contest bagi semua Takaful financial planner yang sememangnya sentiasa konsisten dan alhamdulillah, saya berjaya mencapainya. Terima kasih tak terhingga kepada semua klien yang telah memberi kepercayaan untuk saya menguruskan tabung Takaful mereka. Tanpa anda, siapalah saya...

 -Bersama CEO Great Eastern Takaful, En. Zafri dan GSM Roslina Hj Abd Majid-

-Sememangnya Rich Generation Group adalah agensi terbaik kerana paling ramai qualifiers yang dijemput ke majlis ini-

 Lagi gambar sekitar majlis We Are Family 2014:








Terima kasih Great Eastern kerana banyak memberi peluang kepada kami. Masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Ulangtahun buat Great Eastern yang sudah berusia 106 tahun!



Sudah terbukti Great Eastern adalah syarikat insurans hayat yang terbesar dan paling tua di Malaysia.
Best company, best GSM, best agency, best agent!

Mulakan polisi Takaful anda bersama saya sekarang. Saya sedia membantu, inshaAllah.
Aziemah
019-3663348
aziemahsalleh@gmail.com



Friday, August 15, 2014

Kenapa Pentingnya Medical Card?

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Syukur alhamdulillah. Kita telah pun selamat menunaikan ibadah puasa dan meraikan Hari Raya Aidilfitri dengan penuh kemeriahan.

Nampaknya semakin ramai yang menghubungi saya melalui blog ini. Terima kasih kepada semua yang menghubungi saya dan yang telah memberi kepercayaan untuk saya menguruskan tabung Takaful anda. InshaAllah, saya akan cuba berikan servis yang terbaik.

Memang bagus bila semakin ramai yang menyedari kepentingan Medical Card ini. Tambahan pula dengan Great Eastern Takaful, anda bakal menikmati banyak faedah. Tahukah anda Medical Card Great Eastern Takaful mempunyai limit tertinggi dan co-takaful terendah di pasaran? Co-takaful 10%, dengan maksimum serendah hanya RM500! Apa maksudnya? Boleh tanya saya :)

Sebenarnya kenapa medical card ni penting? Cuba tengok contoh di bawah. Ini adalah real, bukan rekaan. Jauh di sudut hati, saya simpati dengan orang berkenaan tetapi apa boleh buat?


Jangan tunggu hingga terlambat. Kita takkan tau bila penyakit nak datang, bila kita akan meninggal. Apa perasaaan anda jika duit simpanan yang anda kumpul selama ini hasil dari titik peluh sendiri akhirnya terpaksa digunakan untuk membayar bil hospital? Ke mana pergi rancangan persaraan anda? Rancangan untuk bercuti ke luar negara, atau mungkin duit yang anda kumpul untuk beli rumah pertama?

Sebab itulah Takaful ini ibarat payung buat anda kerana masa depan anda lebih terjamin dengan memiliki Takaful. Anda tak perlu risau mengenai bil rawatan hospital yang mungkin mencecah ribuan ringgit.

Sebagai financial planner Great Eastern Takaful, saya telah banyak melihat kes di mana ada yang terpaksa menggunakan life-time saving money untuk menanggung bil rawatan. Rawatan kemoterapi, pesakit tersebut harus disuntik dengan ubat tertentu dalam tempoh masa tertentu. Sekali suntikan memakan kos RM10,000!

Terkejut saya mendengarnya. Kos rawatan hospital bukan main2. Kalau tak dapatkan rawatan, ibarat kita tidak mahu berusaha langsung. Lagipun, jika meninggal, bagaimana dengan hutang yang ditinggalkan kepada waris? Tenangkah nanti kita di sana?

Jangan bertangguh lagi...Hubungi saya sekarang untuk maklumat lanjut.

Aziemah Great Eastern Takaful
019-3663348 (available on whatsapp)
aziemahsalleh@gmail.com