Showing posts with label saving. Show all posts
Showing posts with label saving. Show all posts

Saturday, February 21, 2015

Good News! GE Medical Card, Now with FULL Coverage!

Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Sukacita dimaklumkan bahawa Great Eastern Takaful telah melancarkan pelan medical card with ZERO co-takaful! Atau dengan kata lainnya, FULL coverage. Tiada lagi co-takaful 10%. Anda boleh menikmati bil rawatan percuma di hospital panel kami di seluruh Malaysia!


Sememangnya inilah yang ditunggu-tunggu oleh semua orang.

Kerana Great Eastern Takaful memahami keperluan anda. Memang terbaik!

Dapatkan pelan yang sesuai untuk diri dan keluarga anda sekarang!

Bukan ini sahaja, ada banyak lagi manfaat yang anda akan peroleh dengan sign up bersama kami!

Hubungi saya untuk membantu anda mendapatkan medical card personal anda sekarang!

Aziemah Great Eastern Takaful
019 366 3348 (also on whatsapp)
aziemahsalleh@gmail.com

Monday, September 1, 2014

We Are Family 2014

Alhamdulillah...sekali lagi saya mendapat jemputan istimewa dari Great Eastern untuk menghadiri majlis 'We Are Family' di Bukit Kiara Equestrian & Country Resort, KL.


Ini adalah sebuah contest bagi semua Takaful financial planner yang sememangnya sentiasa konsisten dan alhamdulillah, saya berjaya mencapainya. Terima kasih tak terhingga kepada semua klien yang telah memberi kepercayaan untuk saya menguruskan tabung Takaful mereka. Tanpa anda, siapalah saya...

 -Bersama CEO Great Eastern Takaful, En. Zafri dan GSM Roslina Hj Abd Majid-

-Sememangnya Rich Generation Group adalah agensi terbaik kerana paling ramai qualifiers yang dijemput ke majlis ini-

 Lagi gambar sekitar majlis We Are Family 2014:








Terima kasih Great Eastern kerana banyak memberi peluang kepada kami. Masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Ulangtahun buat Great Eastern yang sudah berusia 106 tahun!



Sudah terbukti Great Eastern adalah syarikat insurans hayat yang terbesar dan paling tua di Malaysia.
Best company, best GSM, best agency, best agent!

Mulakan polisi Takaful anda bersama saya sekarang. Saya sedia membantu, inshaAllah.
Aziemah
019-3663348
aziemahsalleh@gmail.com



Friday, August 15, 2014

Kenapa Pentingnya Medical Card?

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Syukur alhamdulillah. Kita telah pun selamat menunaikan ibadah puasa dan meraikan Hari Raya Aidilfitri dengan penuh kemeriahan.

Nampaknya semakin ramai yang menghubungi saya melalui blog ini. Terima kasih kepada semua yang menghubungi saya dan yang telah memberi kepercayaan untuk saya menguruskan tabung Takaful anda. InshaAllah, saya akan cuba berikan servis yang terbaik.

Memang bagus bila semakin ramai yang menyedari kepentingan Medical Card ini. Tambahan pula dengan Great Eastern Takaful, anda bakal menikmati banyak faedah. Tahukah anda Medical Card Great Eastern Takaful mempunyai limit tertinggi dan co-takaful terendah di pasaran? Co-takaful 10%, dengan maksimum serendah hanya RM500! Apa maksudnya? Boleh tanya saya :)

Sebenarnya kenapa medical card ni penting? Cuba tengok contoh di bawah. Ini adalah real, bukan rekaan. Jauh di sudut hati, saya simpati dengan orang berkenaan tetapi apa boleh buat?


Jangan tunggu hingga terlambat. Kita takkan tau bila penyakit nak datang, bila kita akan meninggal. Apa perasaaan anda jika duit simpanan yang anda kumpul selama ini hasil dari titik peluh sendiri akhirnya terpaksa digunakan untuk membayar bil hospital? Ke mana pergi rancangan persaraan anda? Rancangan untuk bercuti ke luar negara, atau mungkin duit yang anda kumpul untuk beli rumah pertama?

Sebab itulah Takaful ini ibarat payung buat anda kerana masa depan anda lebih terjamin dengan memiliki Takaful. Anda tak perlu risau mengenai bil rawatan hospital yang mungkin mencecah ribuan ringgit.

Sebagai financial planner Great Eastern Takaful, saya telah banyak melihat kes di mana ada yang terpaksa menggunakan life-time saving money untuk menanggung bil rawatan. Rawatan kemoterapi, pesakit tersebut harus disuntik dengan ubat tertentu dalam tempoh masa tertentu. Sekali suntikan memakan kos RM10,000!

Terkejut saya mendengarnya. Kos rawatan hospital bukan main2. Kalau tak dapatkan rawatan, ibarat kita tidak mahu berusaha langsung. Lagipun, jika meninggal, bagaimana dengan hutang yang ditinggalkan kepada waris? Tenangkah nanti kita di sana?

Jangan bertangguh lagi...Hubungi saya sekarang untuk maklumat lanjut.

Aziemah Great Eastern Takaful
019-3663348 (available on whatsapp)
aziemahsalleh@gmail.com

Saturday, July 5, 2014

Medical Card Kini Lebih Murah!!!

Assalamualaikum wbt. Salam Ramadhan!

 Alhamdulillah, akhirnya berkesempatan untuk update blog ni. Agak sibuk kebelakangan ini menguruskan beberapa perkara berkaitan klien dan pelantikan associate baru bersama saya ^__^

Terima kasih kepada mereka yang menghubungi saya melalui blog ini. Terima kasih di atas kepercayaan anda kepada saya dengan memulakan polisi Takaful dengan saya. Saya merasa amat bangga dan gembira kerana anda memilih Great Eastern Takaful. Semua ini adalah untuk kebaikan anda sendiri dan juga keluarga. Tahniah saya ucapkan!

InshaAllah, selagi hayat dikandung badan, saya akan cuba memberikan servis terbaik untuk anda.
 

 


 Alhamdulillah...ramai yang semakin menyedari kepentingan MEDICAL CARD. Ramai yang mahukan medical card untuk setiap ahli keluarga tetapi apa yang menjadi masalah adalah budget yang kurang mencukupi.

Jangan risau! Sekarang saya ada GOOD NEWS!!!

Anda boleh memiliki medical card dengan hanya RM100 sebulan!!!

Tak percaya??? Betul ni...dah ramai yang kata pada saya, "Eh murahnya? Biar betul??"
Ya betul...Pelan ini sangat sesuai bagi mereka yang budgetnya tight. Tapi sekiranya anda berkemampuan, saya cadangkan anda ambil normal plan yang lebih komprehensif...



Apa-apa pun, anda boleh contact saya untuk perbincangan lanjut. Saya harap anda boleh mesej/whatsapp/email dahulu. Jika perlu saya akan call anda.

Dan mungkin untuk consultation, lebih baik untuk kita set appointment supaya perbincangan lebih jelas. Jangan risau, consultation free sahaja, tak perlu bayar apa-apa yuran. Dan juga saya takkan paksa anda. Nak ambil atau tidak, semuanya terpulang kepada anda. Orait??

Konsep Mudah Takaful

Dalam melindungi diri anda sendiri, anda juga membantu mana-mana ahli yang ditimpa musibah. Ada portion dari sumbangan anda setiap bulan disalurkan ke satu Tabung Takaful. Kiranya anda juga menderma tanpa disedari. Bukankah konsep saling bantu-membantu digalakkan dalam agama?
Jika anda rasa Takaful tidak perlu untuk anda, mungkin anda boleh membantu yang lain dengan menyumbang ke dalam tabung Takaful ini...

 

Hubungi saya untuk FREE CONSULTATION!

Aziemah
019-3663348
aziemahsalleh@gmail.com

Thursday, March 13, 2014

Medical Card Great Eastern Takaful



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!

Terima kasih kerana mengunjungi blog ini, anda sememangnya hebat! 
Anda sudah pun berada selangkah di hadapan untuk memiliki medical card anda sendiri!
Atau adakah anda sedang mencari-cari pelan medical card untuk ahli keluarga?

Nampaknya permintaan dan pertanyaan untuk medical card sangat menggalakkan ya. Ramai yang bertanya mengenai pelan ini, sama ada untuk diri mereka atau ahli keluarga yang lain. Jadi saya merasa terpanggil untuk menulis serba sedikit mengenai topik hangat ini.



Ya! Pertama sekali, anda sememangnya sudah mempunyai kesedaran untuk memiliki medical card. Tahniah dan syabas diucapkan! Tetapi ramai yang berdiam diri apabila mendapat quotation masing-masing.

Hurmn, sebenarnya medical card tidaklah mahal jika hendak dibandingkan dengan jumlah yang kita belanjakan untuk membeli-belah di pasaraya, jumlah yang dihabiskan untuk rokok, dan lain-lain lagi.

Lagipun sebenarnya pelan medical card ini adalah pelan simpanan. Bermakna apa yang anda bayar setiap bulan, atau setengah tahun, atau setiap tahun itu adalah simpanan anda untuk masa hadapan! Dan jika berlaku kejadian yang tidak diingini, contoh kemalangan atau terkena penyakit kritikal atau sekadar demam denggi, anda boleh gunakan medical card tanpa perlu mengeluarkan duit simpanan anda. Menarik kan?

Berapa anggaran premium bulanan?

Sebenarnya premium bulanan sangat bergantung kepada umur anda dan beberapa faktor lain seperti sejarah perubatan dan sebagainya. Tetapi biasanya, jika anda sihat, berikut adalah anggaran premium minimum yang saya berikan:

1 bulan - 15 tahun:
Premium RM130 - Medical card 150
Premium RM150 - Medical card 150 with hospital allowance RM100/day

16 tahun - 29 tahun:
Premium RM150 - Medical card 150
Premium RM200 - Medical card 200

30 tahun - 49 tahun:
Premium RM250 - Medical card 200

50 tahun ke atas:
Premium RM350 - Medical card 200
(Golongan ini dikategorikan sebagai Golden Age...jadi bayaran premium haruslah secara tahunan. Bayaran kali pertama adalah 2 tahun. Dan tahun berikutnya juga harus dibayar secara tahunan. Ini adalah disebabkan faktor umur)

Harus saya ingatkan di sini, senarai di atas hanyalah anggaran kasar sahaja. Anda boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut dan untuk sesuaikan dengan keperluan anda. Mungkin anda sudah pun mempunyai medical card tetapi anda mahukan coverage sehingga RM1 juta? Boleh sahaja anda hubungi saya, tak ada masalah. Saya sedia membantu...

Untuk mereka yang berumur 49 tahun ke bawah, jika anda mahu membuat bayaran secara bulanan, bayaran kali pertama adalah 2 bulan. Jadi, bulan ke-2 anda tidak perlu membuat bayaran. Bayaran seterusnya adalah pada bulan ke-3. Jelas? Jangan terkejut pula bila bayaran yang diminta nanti banyak hehehehe

Cara Bayaran

Anda boleh membuat pilihan sama ada untuk menggunakan kad kredit atau kad debit atau tunai. Biasanya ramai yang memilih kad debit kerana pemotongan dilakukan secara sistematik setiap bulan dengan memotong terus premium dari akaun anda.

Sejujurnya saya kurang suka menggunakan istilah bayar bagi proses ini kerana sebenarnya anda bukan membayar semata-mata, tetapi anda menyimpan wang anda di dalam Tabung Takaful! Jadi setiap bulan, anda sebenarnya menabung untuk masa hadapan anda ^_^

Medical Card untuk Satu Keluarga?

Ramai juga yang bertanya, ada tak pelan yang boleh cover untuk satu keluarga? Maknanya satu kad untuk semua orang, betul?

Okey, setakat ini, apa yang ditawarkan oleh Great Eastern Takaful, masih belum ada pelan yang sedemikian. Buat masa sekarang, medical card yang kami tawarkan adalah khas untuk individu tersebut. Harus diingatkan, medical card mempunyai had tahunan dan had seumur hidup. Sebab itulah ia khas untuk satu individu sahaja.

Ya, di luar sana ada pelan satu kad untuk semua ahli keluarga tetapi setahu saya itu adalah pelan konvensional di mana anda tiada simpanan. Bermakna anda hanya membayar, tetapi tidak menabung. Saya rasa agak rugi di situ ya.

Bagi yang beragama Islam, ingin saya nyatakan di sini, cara tersebut bagaikan kita memperjudikan nasib. Sebab itulah insurans konvensional dikatakan haram oleh sesetengah ulama'. Dengan adanya Takaful, pelan yang anda ambil ini bebas dari unsur-unsur judi, arak dan ketidakpastian. Walaupun pelan konvensional lebih murah berbanding Takaful, terdapat beberapa perkara yang harus anda kaji dan lihat. Rasanya tidak perlu saya nyatakan di sini kerana anda boleh mendapatkan artikel yang mempunyai penjelasan yang lebih terperinci mengenai isu ini di internet.

Jika anda berminat, apakah langkah seterusnya?

Anda boleh terus menghubungi saya (Aziemah) menerusi nombor 019-3663348 (whatsapp) atau aziemahsalleh@gmail.com

Sila nyatakan nama penuh, tarikh lahir, jantina, merokok atau tidak, lokasi (secara am), pekerjaan dan tempat kerja, sejarah perubatan atau kemalangan, berat/tinggi. Anda juga boleh nyatakan secara spesifik berapa coverage yang anda inginkan dan saya akan bantu untuk buat kira-kira bagi premium anda.

Jika anda berada di sekitar Kuala Lumpur, Klang, Shah Alam, dan yang sewaktu dengannya, saya nasihatkan kita tetapkan satu temujanji untuk perbincangan selanjutnya. Jika anda berada di luar kawasan ini, tiada masalah. Urusan dokumen-dokumen boleh dilakukan melalui pos

Apa yang penting, anda percayakan saya untuk menguruskan tabung Takaful anda. Anda tahu bahawa saya bersungguh-sungguh dalam bidang ini. InshaAllah, saya akan menjalankan amanah yang diberi sebaik mungkin.

Saya akan sediakan maklumat yang lebih terperinci mengenai pelan ini dalam tulisan yang lain. Setakat ini sahaja dari saya. Terima kasih :)

Thursday, January 23, 2014

Kita tak dapat menjangka apa yang akan terjadi

Apa maksud tajuk saya kali ini?
Ya, sudah tentu kita takkan dapat menjangka apa yang akan terjadi di dalam hidup ini. Ingin saya kongsikan sebuah kisah benar di sini...
 
Baru-baru ini saya ada menghadiri satu program yang berjalan selama 3 hari. Semasa program tersebut, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Pada hari pertama, saya lihat ada seorang gadis yang agak pendiam. Pada firasat saya, mungkin dia malu-malu kerana kami semua baru berjumpa dan belum mengenali satu sama lain.
 
Namun begitu, saya agak hairan kerana dia tidak mengambil bahagian secara aktif semasa melakukan aktiviti berkumpulan tetapi kami semua hanya mendiamkan diri. Semasa di penghujung program pada hari pertama, kami bersiap-siap untuk pulang. Tiba-tiba saya terdengar gadis tersebut bercakap dengan pengendali program. Katanya, dia tidak sihat dan mungkin tidak dapat datang pada hari kedua.

Namun, pada hari kedua dia tetap datang. Kelihatan dia lebih sihat dari semalam dan pada hari ini barulah kami bercakap-cakap tentang perihal masing-masing. Tahulah saya rupa-rupanya dia sekarang menjani rawatan untuk penyakit buah pinggang. Saya bertanya lagi, macam mana boleh kena? Dia cakap, panjang ceritanya. Saya kata pendekkanlah (hahaha macam penyibuk saja tapi saya betul-betul nak tahu, manalah tahu akan jadi pedoman buat kita semua).

Dipendekkan cerita, rupa-rupanya sebelum terkena penyakit buah pinggang, gadis tersebut disahkan menghidap barah dalam rahim. Saya betul-betul terkejut dan tak sangka. Sesungguhnya gadis di depan saya ini telah melalui satu episod hidup yang sangat mencabar. Dia sangat tabah. Saya tanya lagi, macam mana boleh kena? (Rasanya ini soalan normal hehehe)

Dia kata, sebelum ini dia tiada apa-apa penyakit kronik. Dia juga tiada sejarah keluarga yang pernah terkena penyakit tersebut atau penyakit kronik lain. Katanya, mungkin sebab dia pernah terjatuh teruk semasa menjalani latihan khidmat negara dulu.

Ternganga sebentar. Saya katakan, sebab itulah perempuan tak patut pergi latihan sebegitu. (Minta maaf saya cakap, cuma pandangan saya sahaja walaupun saya sendiri suka menyertai aktiviti lasak...) Katanya, ada satu masa dia kena panjat tebing tinggi. Masa itulah dia jatuh terduduk dari tebing itu. Melihat dia tiada apa-apa kecederaan, pelatih hanya mengarahkan dia untuk berehat. Sekali lagi saya terkejut. Saya kata, sepatutnya dia dihantar ke klinik...manalah tau ada kecederaan dalaman.

Tetapi apa nak buat. Semuanya sudah terjadi. Tidak beberapa lama selepas itu, dia disahkan menghidap penyakit tersebut. Bagaimana? Tidak tahu bagaimana saya ingin jelaskan.

Apa yang pasti, saya berharap dia akan sembuh sepenuhnya. Amin. Dia sangat baik terhadap saya sepanjang program itu. Saya harap dia bertabah dalam melawan penyakitnya.

Apa yang ingin saya tekankan di sini, seperti yang dinyatakan dalam tajuk saya di atas, kita tak dapat menjangka apa yang akan terjadi dalam hidup ini. Hari ini mungkin kita sihat, esok lusa siapa tahu.
 
Dalam hidup ini, kita mengharapkan yang terbaik untuk diri kita tetapi kita juga harus bersedia untuk menghadapi perkara yang tidak diingini. Kata orang putih:
 
We hope for the best but prepare for the worst.
 
Benar sekali. Nasib baiklah gadis itu mempunyai insurans. Jadi kos rawatan tidaklah menjadi bebanan baginya. Saya amat berharap semakin ramai di antara kita sudi membuka minda dan tahu bahawa insurans adalah sesuatu yang amat perlu. Bukan untuk sesiapa, bukan untuk orang lain, tetapi untuk diri kita sendiri.
 
Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai pelan yang kami tawarkan, hubungi saya Aziemah 019-3663348 atau aziemahsalleh@gmail.com

Saya sedia membantu. Terima kasih.
 


Saturday, December 28, 2013

Pelan Amal (Haji)

Ramai yang menyimpan impian untuk menunaikan haji tapi adakah kita berusaha ke arah itu?

Adakah kita sudah mula menabung demi menunaikan Rukun Islam tersebut? 

Dengan Great Eastern Takaful, kami membantu anda menabung demi niat tersebut. 
Hanya RM50 sebulan, selepas 20 tahun, inshaAllah sudah cukup simpanan anda untuk ke sana. 

Masih ramai yang menganggap mereka tidak mampu. 

Padahal, kita boleh beli kasut berharga RM100, baju berharga RM50, set makanan berharga RM30++. Kenapa kita tak boleh simpan RM50 sahaja sebulan untuk haji? Sudah tentu, bila menyimpan dengan Great Eastern, ada manfaat2 yang anda akan dapat.

Jangan pula suatu hari nanti kita berkata pada diri sendiri,
"Kalaulah aku menyimpan dari dulu, sudah tentu aku sudah ada duit untuk pergi haji..."

Faedah-faedah yang anda dapat apabila memiliki Pelan Amal (Haji) ini:

Manfaat kematian/lumpuh (2x ganda sekiranya anda dalam perjalanan pergi & balik menunaikan haji/umrah)
Khairat kematian
Badal/Upah haji
Manfaat korban
Duit poket

Mari menabung dari sekarang! Ya, anda boleh juga menabung untuk anak-anak sekali. Nanti bolehlah mereka pergi haji di usia muda, inshaAllah :)


 Untuk maklumat lanjut, hubungi saya sekarang - Aziemah 0193663348 or aziemahsalleh@gmail.com




Thursday, November 21, 2013

Mortgage Reducing Term Takaful (MRTT)

Salam sejahtera!

Semestinya anda seorang yang hebat kerana telah sampai ke laman ini!

Ramai rakan-rakan saya sekarang sudah mula merancang untuk membeli rumah pertama mereka dan ada juga yang sudah pun membelinya. Tetapi saya yakin, ramai di luar sana yang masih tidak mengetahui mengenai pelan insurans yang disediakan khas untuk melindungi pinjaman mereka.

Jadi kali ini saya ingin berkongsi mengenai MRTT.

Apa itu MRTT? 

Ia adalah Mortgage Reducing Term Takaful
Fungsinya hampir sama dengan MRTA (Mortgage Reducing Term Assurance) tetapi percayalah, MRTT lebih menguntungkan.

Bila anda perlukan MRTT?

Apabila anda ingin membuat pinjaman bagi membeli rumah ataupun sesuatu property.

Untuk penjelasan lebih lanjut, sila baca di bawah.



Biasanya, apabila membuat pinjaman bagi membeli atau membina rumah, bank akan mencadangkan anda untuk membeli MRTA di mana jika terjadi kematian atau hilang upaya kekal kepada si peminjam, syarikat insurans akan membayar baki pinjaman tersebut bagi anda. Jadi, pihak keluarga atau waris tidak akan terbeban dengan baki pinjaman tersebut dan rumah yang anda beli/bina tidak akan tergadai.

Berbeza dengan MRTA, MRTT memberi anda pilihan untuk menambah opsyen bagi penyakit kritikal. Bermakna, jika anda terkena penyakit kritikal (terdapat 36 jenis semuanya), anda akan mendapat manfaat yang sama.

Jumlah premium mungkin lebih mahal berbanding MRTA, tetapi anda tidak rugi kerana apa yang anda bayar sebenarnya akan menjadi simpanan anda. Jadi, duit anda tidak habis begitu sahaja. Dan jumlah pampasan tidak berkurang sebagaimana baki pinjaman berkurang. Memang lebih menguntungkan!

Jumlah premium bergantung kepada beberapa faktor seperti umur, jantina, dan rekod kesihatan anda.

Sila hubungi saya untuk maklumat lanjut mengenai pelan ini.
Saya sedia membantu anda!

Monday, October 28, 2013

Ia Bukan Tentang Angka

Salam sejahtera!
 
Anda hebat kerana telah sampai ke laman ini. Syabas dan tahniah saya ucapkan!
 
Nampaknya anda sudah pun bersedia untuk membuka mata dan minda bagi mendalami ilmu tentang Takaful.
 
Jadi, kali ini...saya ingin tekankan:
 
Takaful BUKANLAH sekadar ANGKA!
 
 
 
Ya, saya ulangi...TAKAFUL bukan sekadar ANGKA.
 
Maksud saya di sini, ramai di luar sana yang sedang mencari-cari pelan yang sesuai untuk mereka tidak tahu atau tidak sedar, sebenarnya angka bukanlah sesuatu yang mereka harus tekankan.
 
Jangan LUPA, apa yang penting adalah institusi yang mahu melindungi anda itu. Adakah ia yang terbaik untuk anda? Adakah ia dapat memberi perlindungan dan khidmat yang terbaik untuk anda?
 
Dan sudah tentu Great Eastern Takaful dapat memberikan khidmat dan perlindungan yang terbaik untuk anda!
 
Saya berasa agak terkilan, kerana ramai juga di antara kita hanya mengutamakan angka apabila memilih pelan yang terbaik untuk mereka.
 
Nasihat saya, janganlah hanya bertanyakan jumlahnya kerana anda perlu tahu setiap satu, apa penjelasannya.
 
Bagi saya, klien perlu tahu apa yang mereka ambil. Klien perlu dapatkan penjelasan, perlu dapatkan maklumat terperinci bagi setiap satu faedah yang dinyatakan dalam polisi.
 
Sangat penting untuk anda berjumpa ejen dan dapatkan penjelasan. Bukan hanya quotation. Kerana anda tidak akan mendapat gambaran yang jelas mengenainya. Akibatnya, anda mungkin terlepas satu peluang yang sangat baik untuk diri anda sendiri.
 
Saya menulis di sini adalah untuk memberi kesedaran kepada anda di luar sana supaya jangan melihat kepada angka sahaja. Kerana Takaful bukanlah sekadar angka. Ia adalah mengenai kepercayaan yang anda berikan kepada sesebuah institusi untuk melindungi anda.
 
Jika anda percayakan saya, hubungilah saya sekarang! Saya amat berbesar hati untuk berkongsi maklumat yang saya ada. Hubungi saya sekarang untuk tetapkan tarikh pertemuan!
 
Semoga anda membuat pilihan yang terbaik!

Saturday, October 5, 2013

Memperkenalkan Great Eastern Takaful Insurance

Berapa kali anda berazam mahu menabung?

Berapa kali anda membuat kira-kira atau belanjawan tetapi berakhir dengan kekecewaan?




 Saya yakin, ramai di antara kita, tidak kira muda atau tua, miskin atau kaya, sentiasa mempunyai masalah kewangan. Tidak kira berapa banyak pun gaji kita, berapa banyak pun elaun atau biasiswa yang kita dapat, masih tidak cukup untuk digunakan terutamanya semasa kecemasan melanda...

Kecemasan apa yang saya maksudkan?
  • Kemalangan
  • Penyakit kritikal seperti serangan jantung, kanser, diabetes, Alzheimer dan banyak lagi
  • Kematian

Bayangkan, jika ditakdirkan kita meninggal...apa kita nak tinggal untuk isteri, anak-anak kita? Ibu bapa yang semakin tua dan tidak boleh menanggung diri sendiri lagi? Apa yang kita akan tinggalkan untuk mereka? Siapa yang akan sara mereka?
Bayangkan...kita hidup sehari-hari, menggunakan segala duit yang ada. Tanpa ada simpanan tetap yang boleh menjamin masa hadapan. Jika ada pun yang berdisiplin dalam menabung, apabila kecemasan terjadi, duit yang disimpan itu akan digunakan dan akhirnya habis begitu sahaja.


JADI...

 Saya ingin menyeru semua rakyat Malaysia, marilah kita mula menabung. Dengan hanya RM 7 sehari, anda sudah pun bersedia dengan payung sebelum hujan turun.

Eh, nanti dulu!

Jangan hanya menyimpan di bank. Sudah saya katakan tadi bukan...jika anda menyimpan di bank, duit simpanan anda akan terguna juga apabila berlaku kecemasan bukan?

Jadi, marilah kita sama-sama menabung dengan 
Great Eastern Takaful Insurance.  

  
Kenapa perlu menabung dengan Great Eastern Takaful Insurance?

Jika terjadi kemalangan atau anda ditimpa penyakit yang tidak terjangka, anda akan mendapat manfaat-manfaat seperti kos rawatan dan perubatan yang akan ditanggung dan pampasan jika berlaku kematian.

Ini adalah Skim Medical Card Takaful Insurance di mana kos perubatan anda ditanggung, pampasan diberi jika terjadi kemalangan, dan juga kematian. Ia adalah skim Islamik di mana pelaburan tidak melibatkan arak dan judi. Anda juga boleh memberi nama waris di mana waris yang dinamakan akan mendapat pampasan jika berlaku kematian pemegang polisi.


Kenapa saya katakan menabung?

Kerana anda akan mendapat kembali wang anda selepas suatu tempoh. Dan jika pun anda ada membuat tuntutan, duit simpanan anda tidak akan disentuh. Hebat dan menarik!!!

Kenapa nak tunggu lagi?

Kita tidak tahu bila kita akan sakit, lebih-lebih lagi penyakit kritikal seperti darah tinggi dan kencing manis. 

Cepat sebelum terlambat!

Anda tidak akan mendapat manfaat perubatan jika anda sudah pun terkena penyakit. Lebih baik bersedia sebelum terkena.

Better be safe than sorry!

Tak rugi pun...apa yang nak ruginya? Bukannya duit itu hilang begitu sahaja. Anda akan terima kembali duit tersebut kerana anda sebenarnya menabung dengan kami. Memang hebat!!!

Jadi apa tunggu lagi?

Hanya RM 7 sehari, anda tidak akan risau lagi!

Great Eastern sudah berusia 105 tahun dan tersenarai dalam The Malaysia Book of Records sebagai jenama yang paling kukuh dan boleh dipercayai.
Hubungi saya sekarang untuk ketahui maklumat lanjut.
Untuk penerangan lebih jelas, anda boleh berjumpa dengan saya (untuk kawasan Bangi, Kajang, KL, Shah Alam sahaja).

Sayalah ejen yang anda cari dan boleh dipercayai.

Untuk respons yang pantas, anda digalakkan untuk menghantar emel atau mesej. Boleh juga melalui Whatsapp. Saya bersedia membantu anda. Sesi rundingan/perbincangan adalah percuma.



NUR AZIEMAH BINTI MAT SALLEH

Perunding Takaful

019-3663348
aziemahsalleh@gmail.com



_________________________Rich Generation Group


Agensi Roslina Hj Abd Majid (002173976-V)

Website: www.i-great.com & www.greateasternlife.com