Thursday, March 13, 2014

Medical Card Great Eastern Takaful



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!

Terima kasih kerana mengunjungi blog ini, anda sememangnya hebat! 
Anda sudah pun berada selangkah di hadapan untuk memiliki medical card anda sendiri!
Atau adakah anda sedang mencari-cari pelan medical card untuk ahli keluarga?

Nampaknya permintaan dan pertanyaan untuk medical card sangat menggalakkan ya. Ramai yang bertanya mengenai pelan ini, sama ada untuk diri mereka atau ahli keluarga yang lain. Jadi saya merasa terpanggil untuk menulis serba sedikit mengenai topik hangat ini.



Ya! Pertama sekali, anda sememangnya sudah mempunyai kesedaran untuk memiliki medical card. Tahniah dan syabas diucapkan! Tetapi ramai yang berdiam diri apabila mendapat quotation masing-masing.

Hurmn, sebenarnya medical card tidaklah mahal jika hendak dibandingkan dengan jumlah yang kita belanjakan untuk membeli-belah di pasaraya, jumlah yang dihabiskan untuk rokok, dan lain-lain lagi.

Lagipun sebenarnya pelan medical card ini adalah pelan simpanan. Bermakna apa yang anda bayar setiap bulan, atau setengah tahun, atau setiap tahun itu adalah simpanan anda untuk masa hadapan! Dan jika berlaku kejadian yang tidak diingini, contoh kemalangan atau terkena penyakit kritikal atau sekadar demam denggi, anda boleh gunakan medical card tanpa perlu mengeluarkan duit simpanan anda. Menarik kan?

Berapa anggaran premium bulanan?

Sebenarnya premium bulanan sangat bergantung kepada umur anda dan beberapa faktor lain seperti sejarah perubatan dan sebagainya. Tetapi biasanya, jika anda sihat, berikut adalah anggaran premium minimum yang saya berikan:

1 bulan - 15 tahun:
Premium RM130 - Medical card 150
Premium RM150 - Medical card 150 with hospital allowance RM100/day

16 tahun - 29 tahun:
Premium RM150 - Medical card 150
Premium RM200 - Medical card 200

30 tahun - 49 tahun:
Premium RM250 - Medical card 200

50 tahun ke atas:
Premium RM350 - Medical card 200
(Golongan ini dikategorikan sebagai Golden Age...jadi bayaran premium haruslah secara tahunan. Bayaran kali pertama adalah 2 tahun. Dan tahun berikutnya juga harus dibayar secara tahunan. Ini adalah disebabkan faktor umur)

Harus saya ingatkan di sini, senarai di atas hanyalah anggaran kasar sahaja. Anda boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut dan untuk sesuaikan dengan keperluan anda. Mungkin anda sudah pun mempunyai medical card tetapi anda mahukan coverage sehingga RM1 juta? Boleh sahaja anda hubungi saya, tak ada masalah. Saya sedia membantu...

Untuk mereka yang berumur 49 tahun ke bawah, jika anda mahu membuat bayaran secara bulanan, bayaran kali pertama adalah 2 bulan. Jadi, bulan ke-2 anda tidak perlu membuat bayaran. Bayaran seterusnya adalah pada bulan ke-3. Jelas? Jangan terkejut pula bila bayaran yang diminta nanti banyak hehehehe

Cara Bayaran

Anda boleh membuat pilihan sama ada untuk menggunakan kad kredit atau kad debit atau tunai. Biasanya ramai yang memilih kad debit kerana pemotongan dilakukan secara sistematik setiap bulan dengan memotong terus premium dari akaun anda.

Sejujurnya saya kurang suka menggunakan istilah bayar bagi proses ini kerana sebenarnya anda bukan membayar semata-mata, tetapi anda menyimpan wang anda di dalam Tabung Takaful! Jadi setiap bulan, anda sebenarnya menabung untuk masa hadapan anda ^_^

Medical Card untuk Satu Keluarga?

Ramai juga yang bertanya, ada tak pelan yang boleh cover untuk satu keluarga? Maknanya satu kad untuk semua orang, betul?

Okey, setakat ini, apa yang ditawarkan oleh Great Eastern Takaful, masih belum ada pelan yang sedemikian. Buat masa sekarang, medical card yang kami tawarkan adalah khas untuk individu tersebut. Harus diingatkan, medical card mempunyai had tahunan dan had seumur hidup. Sebab itulah ia khas untuk satu individu sahaja.

Ya, di luar sana ada pelan satu kad untuk semua ahli keluarga tetapi setahu saya itu adalah pelan konvensional di mana anda tiada simpanan. Bermakna anda hanya membayar, tetapi tidak menabung. Saya rasa agak rugi di situ ya.

Bagi yang beragama Islam, ingin saya nyatakan di sini, cara tersebut bagaikan kita memperjudikan nasib. Sebab itulah insurans konvensional dikatakan haram oleh sesetengah ulama'. Dengan adanya Takaful, pelan yang anda ambil ini bebas dari unsur-unsur judi, arak dan ketidakpastian. Walaupun pelan konvensional lebih murah berbanding Takaful, terdapat beberapa perkara yang harus anda kaji dan lihat. Rasanya tidak perlu saya nyatakan di sini kerana anda boleh mendapatkan artikel yang mempunyai penjelasan yang lebih terperinci mengenai isu ini di internet.

Jika anda berminat, apakah langkah seterusnya?

Anda boleh terus menghubungi saya (Aziemah) menerusi nombor 019-3663348 (whatsapp) atau aziemahsalleh@gmail.com

Sila nyatakan nama penuh, tarikh lahir, jantina, merokok atau tidak, lokasi (secara am), pekerjaan dan tempat kerja, sejarah perubatan atau kemalangan, berat/tinggi. Anda juga boleh nyatakan secara spesifik berapa coverage yang anda inginkan dan saya akan bantu untuk buat kira-kira bagi premium anda.

Jika anda berada di sekitar Kuala Lumpur, Klang, Shah Alam, dan yang sewaktu dengannya, saya nasihatkan kita tetapkan satu temujanji untuk perbincangan selanjutnya. Jika anda berada di luar kawasan ini, tiada masalah. Urusan dokumen-dokumen boleh dilakukan melalui pos

Apa yang penting, anda percayakan saya untuk menguruskan tabung Takaful anda. Anda tahu bahawa saya bersungguh-sungguh dalam bidang ini. InshaAllah, saya akan menjalankan amanah yang diberi sebaik mungkin.

Saya akan sediakan maklumat yang lebih terperinci mengenai pelan ini dalam tulisan yang lain. Setakat ini sahaja dari saya. Terima kasih :)

Sunday, February 23, 2014

Master Sales Award Quarter 4 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Alhamdulillah, sekali lagi saya ingin berkongsi kegembiraan saya setelah menerima penghargaan daripada Great Eastern baru-baru ini.

Saya adalah salah seorang yang telah berjaya menjadi champion untuk Master Sales Award Quarter 4 bagi tahun 2013. Anugerah ini adalah satu penghargaan dan satu bukti yang menunjukkan saya bersungguh-sungguh dan konsisten dalam bidang ini.

Terima kasih kepada Rich Generation Group kerana terus menyokong saya selama ini dan tidak lupa kepada klien-klien yang memberikan kepercayaan penuh untuk saya mengendalikan tabung Takaful mereka. Tanpa anda siapalah saya...

Jadi, apa tunggu lagi? Mari mulakan polisi Takaful anda dengan saya sekarang! Jika anda berminat untuk menjadi ejen juga dialu-alukan. Latihan akan diberikan. Hubungi saya untuk maklumat lanjut: Aziemah 019-3663348 (available on Whatsapp) atau aziemahsalleh@gmail.com

I'm here to lend a helping hand :)

-Antara mereka yang menerima penghargaan pada hari tersebut-

-Agensi yang saya wakili - Agensi Roslina Hj Abdul Majid di kedudukan yang teratas-

-Bersama penerima anugerah lain-



Thursday, February 6, 2014

Champion Januari 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ^_^
 
Semoga semua yang membaca post ini sihat hendaknya.
 
Kali ini saya ingin berkongsi kegembiraan saya setelah dinobatkan Champion Rookie bagi bulan Januari 2014.
 
 
Sijil yang dianugerahkan kepada saya ini jelas sekali membuktikan kesungguhan saya dalam bidang Takaful ini. Jadi jangan tunggu lagi, marilah mulakan polisi dengan saya sekarang!
 
Hubungi saya untuk maklumat lanjut mengenai produk-produk yang kami tawarkan.
Aziemah 019-3663348 atau aziemahsalleh@gmail.com
 

Saya juga berjaya di dalam satu contest yang dianjurkan oleh Great Eastern!
 
 
Alhamdulillah, syukur. Terima kasih tak terhingga kepada klien-klien saya yang meletakkan kepercayaan penuh untuk saya menguruskan Takaful anda dan terima kasih kepada Rich Generation Group (Agensi Roslina Hj Abdul Majid) di atas sokongan selama ini. Tanpa anda siapalah saya...Terima kasih!
 
Doakan kejayaan saya yang seterusnya, amin! ^_^

Thursday, January 23, 2014

Kita tak dapat menjangka apa yang akan terjadi

Apa maksud tajuk saya kali ini?
Ya, sudah tentu kita takkan dapat menjangka apa yang akan terjadi di dalam hidup ini. Ingin saya kongsikan sebuah kisah benar di sini...
 
Baru-baru ini saya ada menghadiri satu program yang berjalan selama 3 hari. Semasa program tersebut, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Pada hari pertama, saya lihat ada seorang gadis yang agak pendiam. Pada firasat saya, mungkin dia malu-malu kerana kami semua baru berjumpa dan belum mengenali satu sama lain.
 
Namun begitu, saya agak hairan kerana dia tidak mengambil bahagian secara aktif semasa melakukan aktiviti berkumpulan tetapi kami semua hanya mendiamkan diri. Semasa di penghujung program pada hari pertama, kami bersiap-siap untuk pulang. Tiba-tiba saya terdengar gadis tersebut bercakap dengan pengendali program. Katanya, dia tidak sihat dan mungkin tidak dapat datang pada hari kedua.

Namun, pada hari kedua dia tetap datang. Kelihatan dia lebih sihat dari semalam dan pada hari ini barulah kami bercakap-cakap tentang perihal masing-masing. Tahulah saya rupa-rupanya dia sekarang menjani rawatan untuk penyakit buah pinggang. Saya bertanya lagi, macam mana boleh kena? Dia cakap, panjang ceritanya. Saya kata pendekkanlah (hahaha macam penyibuk saja tapi saya betul-betul nak tahu, manalah tahu akan jadi pedoman buat kita semua).

Dipendekkan cerita, rupa-rupanya sebelum terkena penyakit buah pinggang, gadis tersebut disahkan menghidap barah dalam rahim. Saya betul-betul terkejut dan tak sangka. Sesungguhnya gadis di depan saya ini telah melalui satu episod hidup yang sangat mencabar. Dia sangat tabah. Saya tanya lagi, macam mana boleh kena? (Rasanya ini soalan normal hehehe)

Dia kata, sebelum ini dia tiada apa-apa penyakit kronik. Dia juga tiada sejarah keluarga yang pernah terkena penyakit tersebut atau penyakit kronik lain. Katanya, mungkin sebab dia pernah terjatuh teruk semasa menjalani latihan khidmat negara dulu.

Ternganga sebentar. Saya katakan, sebab itulah perempuan tak patut pergi latihan sebegitu. (Minta maaf saya cakap, cuma pandangan saya sahaja walaupun saya sendiri suka menyertai aktiviti lasak...) Katanya, ada satu masa dia kena panjat tebing tinggi. Masa itulah dia jatuh terduduk dari tebing itu. Melihat dia tiada apa-apa kecederaan, pelatih hanya mengarahkan dia untuk berehat. Sekali lagi saya terkejut. Saya kata, sepatutnya dia dihantar ke klinik...manalah tau ada kecederaan dalaman.

Tetapi apa nak buat. Semuanya sudah terjadi. Tidak beberapa lama selepas itu, dia disahkan menghidap penyakit tersebut. Bagaimana? Tidak tahu bagaimana saya ingin jelaskan.

Apa yang pasti, saya berharap dia akan sembuh sepenuhnya. Amin. Dia sangat baik terhadap saya sepanjang program itu. Saya harap dia bertabah dalam melawan penyakitnya.

Apa yang ingin saya tekankan di sini, seperti yang dinyatakan dalam tajuk saya di atas, kita tak dapat menjangka apa yang akan terjadi dalam hidup ini. Hari ini mungkin kita sihat, esok lusa siapa tahu.
 
Dalam hidup ini, kita mengharapkan yang terbaik untuk diri kita tetapi kita juga harus bersedia untuk menghadapi perkara yang tidak diingini. Kata orang putih:
 
We hope for the best but prepare for the worst.
 
Benar sekali. Nasib baiklah gadis itu mempunyai insurans. Jadi kos rawatan tidaklah menjadi bebanan baginya. Saya amat berharap semakin ramai di antara kita sudi membuka minda dan tahu bahawa insurans adalah sesuatu yang amat perlu. Bukan untuk sesiapa, bukan untuk orang lain, tetapi untuk diri kita sendiri.
 
Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai pelan yang kami tawarkan, hubungi saya Aziemah 019-3663348 atau aziemahsalleh@gmail.com

Saya sedia membantu. Terima kasih.
 


Thursday, January 9, 2014

A Note to Remember

Hi there. What I am about to share is a copy & paste but it is definitely something we should ponder about.

Bank makes your RM100 become RM103
Investment makes your RM100 become RM130
Insurance makes your RM100 become RM100,000

No matter how great and wonderful our life is, there are things beyond our control: accident, illnesses, death

When tragedy happened...
Friends might help you with RM200
Relatives might help you with RM2,000
Parents or siblings might help you with RM20,000
BUT...For sure, only insurance might help you with RM200,000, RM2million or even RM20million

This is REAL. This is INSURANCE! Think about it...no more NO or LATER because serious illnesses or accident can strike anyone at any age and any time. When it does, you would want to be able to afford the best medical care you can get.

Let me help you. Contact me now for further info - Aziemah 0193663348 (aziemahsalleh@gmail.com)





Saturday, December 28, 2013

Pelan Amal (Haji)

Ramai yang menyimpan impian untuk menunaikan haji tapi adakah kita berusaha ke arah itu?

Adakah kita sudah mula menabung demi menunaikan Rukun Islam tersebut? 

Dengan Great Eastern Takaful, kami membantu anda menabung demi niat tersebut. 
Hanya RM50 sebulan, selepas 20 tahun, inshaAllah sudah cukup simpanan anda untuk ke sana. 

Masih ramai yang menganggap mereka tidak mampu. 

Padahal, kita boleh beli kasut berharga RM100, baju berharga RM50, set makanan berharga RM30++. Kenapa kita tak boleh simpan RM50 sahaja sebulan untuk haji? Sudah tentu, bila menyimpan dengan Great Eastern, ada manfaat2 yang anda akan dapat.

Jangan pula suatu hari nanti kita berkata pada diri sendiri,
"Kalaulah aku menyimpan dari dulu, sudah tentu aku sudah ada duit untuk pergi haji..."

Faedah-faedah yang anda dapat apabila memiliki Pelan Amal (Haji) ini:

Manfaat kematian/lumpuh (2x ganda sekiranya anda dalam perjalanan pergi & balik menunaikan haji/umrah)
Khairat kematian
Badal/Upah haji
Manfaat korban
Duit poket

Mari menabung dari sekarang! Ya, anda boleh juga menabung untuk anak-anak sekali. Nanti bolehlah mereka pergi haji di usia muda, inshaAllah :)


 Untuk maklumat lanjut, hubungi saya sekarang - Aziemah 0193663348 or aziemahsalleh@gmail.com




Thursday, November 21, 2013

Mortgage Reducing Term Takaful (MRTT)

Salam sejahtera!

Semestinya anda seorang yang hebat kerana telah sampai ke laman ini!

Ramai rakan-rakan saya sekarang sudah mula merancang untuk membeli rumah pertama mereka dan ada juga yang sudah pun membelinya. Tetapi saya yakin, ramai di luar sana yang masih tidak mengetahui mengenai pelan insurans yang disediakan khas untuk melindungi pinjaman mereka.

Jadi kali ini saya ingin berkongsi mengenai MRTT.

Apa itu MRTT? 

Ia adalah Mortgage Reducing Term Takaful
Fungsinya hampir sama dengan MRTA (Mortgage Reducing Term Assurance) tetapi percayalah, MRTT lebih menguntungkan.

Bila anda perlukan MRTT?

Apabila anda ingin membuat pinjaman bagi membeli rumah ataupun sesuatu property.

Untuk penjelasan lebih lanjut, sila baca di bawah.



Biasanya, apabila membuat pinjaman bagi membeli atau membina rumah, bank akan mencadangkan anda untuk membeli MRTA di mana jika terjadi kematian atau hilang upaya kekal kepada si peminjam, syarikat insurans akan membayar baki pinjaman tersebut bagi anda. Jadi, pihak keluarga atau waris tidak akan terbeban dengan baki pinjaman tersebut dan rumah yang anda beli/bina tidak akan tergadai.

Berbeza dengan MRTA, MRTT memberi anda pilihan untuk menambah opsyen bagi penyakit kritikal. Bermakna, jika anda terkena penyakit kritikal (terdapat 36 jenis semuanya), anda akan mendapat manfaat yang sama.

Jumlah premium mungkin lebih mahal berbanding MRTA, tetapi anda tidak rugi kerana apa yang anda bayar sebenarnya akan menjadi simpanan anda. Jadi, duit anda tidak habis begitu sahaja. Dan jumlah pampasan tidak berkurang sebagaimana baki pinjaman berkurang. Memang lebih menguntungkan!

Jumlah premium bergantung kepada beberapa faktor seperti umur, jantina, dan rekod kesihatan anda.

Sila hubungi saya untuk maklumat lanjut mengenai pelan ini.
Saya sedia membantu anda!